awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jadikan kejayaan beberapa negara model laksana PRN Sarawak - Dr Jeniri

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
31/10/2020
12:21 MYT
Jadikan kejayaan beberapa negara model laksana PRN Sarawak - Dr Jeniri
Jeniri turut mengesyorkan Kerajaan Sarawak untuk berunding dengan SPR untuk mempertimbangkan pelaksanaan hari mengundi secara berfasa -Foto Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Sarawak perlu mengkaji serta mencontohi langkah beberapa negara yang berjaya mengadakan pilihan raya ketika dunia bergelut dengan perang COVID-19.
Jelas Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeniri Amir itu antara tindakan yang perlu segera diambil bagi memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 dapat diadakan dengan risiko yang minimum.
Jelas Jeniri, Sarawak tiada pilihan untuk menangguhkan pilihan raya kerana mandat Dewan Undangan Negeri ke-11 akan berakhir pada bulan April 2020 selain tertakluk kepada Fasal 4 Perkara 21 Perlembagaan Negeri Sarawak.
“Kita boleh belajar dari negara-negara seperti Korea Selatan, Singapura dan New Zealand yang telah mengadakan pilihan raya ketika dunia dilanda COVID-19.
“Selain itu, kita juga boleh berunding dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan pelaksanaan hari mengundi pilihan raya secara berfasa,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.
Berkongsi lebih lanjut, Dr Jeniri memberitahu tidak mustahil untuk dilaksanakan secara berfasa dengan kebolehan serta kecekapan pihak SPR.
Memberi contoh, katanya, tempoh masa yang dipanjangkan untuk hari mengundi mampu memberi ruang untuk Prosedur Operasi Standard (SOP) dilaksanakan dengan lebih efektif.
“Sekiranya hari mengundi hanya dilaksanakan untuk satu hari sahaja, ini akan mempengaruhi peratusan orang keluar mengundi sekali gus mempengaruhi keputusan akhir PRN ke-12 nanti,” kata Jeniri.
Menurutnya lagi, kerajaan sudah pasti sedang meneliti situasi semasa COVID-19 di negara ini dalam usaha untuk menyeimbangkan keselamatan rakyat serta tuntutan demokrasi yang harus dipatuhi.
Tambahnya, PRN Sarawak tidak akan berlaku sekiranya negara diisytiharkan darurat disebabkan keadaan yang tidak terkawal dan kenaikan mendadak kes jangkitan COVID-19.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi AWANI Sarawak bagi mengulas ucapan Perutusan Khas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Sabtu.
Muhyiddin pada Selasa memaklumkan akan meneliti langkah keselamatan yang akan dilaksanakan oleh pihak SPR dalam menjalankan PRN ke-12 Sarawak dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi.
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#PRN ke-12 Sarawak
#pilihan raya Sarawak
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#Felo Kanan Majlis Profesor Negara
#Dr Jeniri Amir
#Muhyiddin Yassin
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan