awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wakil Rusia-AS-Ukraine dijadual bermesyuarat di Abu Dhabi dari 4-5 Feb - Zelenskyy
Singapura akan adakan latihan Simulasi Penipuan Kebangsaan mulai 1 Mac
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang

Bernama
Bernama
18/10/2023
13:32 MYT
Jagdeep dilantik Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang
Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dilantik sebagai Timbalan Pengerusi DAP negeri menggantikan P. Ramasamy yang keluar parti pada Ogos lepas.
Setiausaha DAP Pulau Pinang Lim Hui Ying berkata jawatan yang dipegang Jagdeep sebelum ini iaitu Naib Pengerusi negeri diterajui oleh Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim yang juga Timbalan Menteri Kewangan.
Lim yang juga Timbalan Menteri Pendidikan berkata jawatan Sim sebagai Setiausaha Publisiti DAP negeri pula diambil alih oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Berapit Heng Lee Lee.
"Keputusan perubahan dalam tiga jawatan parti itu dibuat oleh Jawatankuasa DAP Pulau Pinang yang telah bermesyuarat pada 21 Sept lepas bagi membincangkan komposisi Jawatankuasa DAP Negeri pasca-Pilihan Raya Negeri ke-15," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata DAP Pulau Pinang akan memilih kepimpinan negeri baharunya tahun depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jagdeep Singh Deo
#Timbalan Pengerusi DAP negeri
#pulau pinang
#P Ramasamy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan