awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
25/11/2022
09:01 MYT
Jamil Hamzah angkat sumpah sebagai ADUN Bugaya baharu
Jamil yang mewakili parti Warisan mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya pada Jumaat. - Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KOTA KINABALU: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-16 Penggal Ketiga dimulakan dengan upacara angkat sumpah oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bugaya, Jamil Hamzah.
Jamil yang mewakili parti Warisan mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Sabah Datuk Kadzim M Yahya.
Jamil sebelum ini memenangi kerusi DUN Bugaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang diadakan pada 19 November lalu.
Jamil berjaya memperoleh majoriti 6,629 undi menewaskan pencabar terdekatnya dari Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Mohd Ibno yang hanya mendapat 4,753 undi.
LIHAT KEPUTUSAN PRU15 DI SINI
Sementara calon Pakatan Harapan (PH) Arastam Pandorog hanya memperoleh 562 undi, diikuti calon Bebas Jufazli Shi Ahmad Tongko yang mendapat 693 undi.
Manakala, calon PPRS Karil PG Kuraini berada di tangga kelima dengan jumlah 150 undi alon Pejuang Mohd Hassan Abu Bakar 130 undi serta calon PBM Nazmawati Walli dengan 98 undi.
PRK yang serentak dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) itu diadakan selepas penyandangnya, Manis Muka Darah (Warisan) meninggal dunia pada 17 November 2020.
Dengan kejayaan Jamil mempertahankan kerusi Bugaya menunjukkan Warisan kini mempunyai 19 kerusi daripada 79 kerusi DUN yang ada di Sabah termasuk 6 ADUN dilantik.
Topic Berkaitan
#PRK
#DUN Bugaya
#Sabah
#Jamil Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan