awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TNB tingkat kesiapsiagaan, pantau risiko bekalan elektrik ketika banjir
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Jangan biarkan BN dan kleptokrat kembali, pengalaman lalu amat merosakkan" - Muhyiddin

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/08/2022
11:46 MYT
"Jangan biarkan BN dan kleptokrat kembali, pengalaman lalu amat merosakkan" - Muhyiddin
Kesemua ahli dan pimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu memastikan rakyat tidak memilih Barisan Nasional (BN), sehingga membiarkan golongan kleptokrat kembali mentadbir negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar BERNAMA
SERDANG: Kesemua ahli dan pimpinan Perikatan Nasional (PN) perlu memastikan rakyat tidak memilih Barisan Nasional (BN), sehingga membiarkan golongan ‘kleptokrat’ kembali mentadbir negara, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengerusi PN yang juga bekas Perdana Menteri itu berkata, ketika ini parti yang beliau pimpin mempunyai peluang untuk cemerlang dalam pilihan raya umum akan datang.
Tegasnya lagi, jika dibiarkan BN menang, maka pengalaman lalu akan berulang termasuk urus tadbir negara yang ‘amat merosakkan’.
“This is going to be a very big challenge... satu cabaran yang besar. Yang akan kita hadapi kerana apa yang disebut Ketua Pemuda kita tadi, dia kata... kita kalau boleh sebaik mungkin ada pertandingan satu lawan satu.
“Tetapi soal berbangkit siapa yang satu itu dan siapa satu lagi. Kerana di hadapan kita bukan satu atau dua, ada tiga, empat dan lima (gabungan parti).
“Kalau formula is one vs one, siapa nak bergabung dengan kita untuk satu lawan satu. Ada kata yang satu itu BN. Tetapi kita nak tentukan BN jangan menang dan biarkan kleptokrasi jangan kembali urus dan tadbir negara, kerana pengalaman lalu amat merosakkan,” tegasnya lagi.
Ahli Parlimen Pagoh itu berkata demikian sewaktu menyampaikan ucapan penutup sempena Konvensyen PN 2022, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, sama ada soalnya satu lawan satu atau satu lawan lima (penjuru), PN akan menentang siapa sahaja lawannya dan memastikan sokongan berpihak kepada mereka.
Dalam sidang media kemudiannya, Muhyiddin berkata, selaku Pengerusi PN, beliau memberikan kata putus untuk bergabung atau tidak dengan mana-mana parti.
“Saya tak kata nak gabung dan tak gabung. Tapi idea itu disuarakan Ketua Pemuda PN, walaupun sebelum itu beberapa bulan lalu ada orang kata reaksi dari pelbagai pihak parti selain dalam PN, yang menyuarakan kemungkinan gabungan.
“Saya sedar, ia bukan satu perkara yang mudah, tetapi kalau itu menjadi formula untuk kita mengalahkan BN, apa cara kita boleh kompromi, bukan semata-mata soal prinsip, tetapi juga amalan,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Barisan Nasional
#Perikatan Nasional
#kleptokrat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan