POLITIK
Jangan dengar hanya suara pembodek - Muhyiddin

MUHYIDDIN: Seseorang pemimpin perlu lebih bertanggungjawab mengambil kira pandangan semua pihak walaupun terdapat pendapat yang bercanggah. -Gambar fail
Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan barisan kepimpinan parti supaya tidak hanya mendengar suara pembodek dalam menilai situasi politik semasa.
Sebaliknya, tegas beliau, seseorang pemimpin perlu lebih bertanggungjawab mengambil kira pandangan semua pihak walaupun terdapat pendapat yang bercanggah.
"Kadang-kadang kita dikelilingi oleh penyokong, 'It's okay, sir, things are so good', 'don't worry, sir, everything is okay, sir, yes, sir," kata Muhyiddin ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pagoh, Johor.
Katanya walau apapun yang berlaku, martabat UMNO perlu dimuliakan kerana ia merupakan tunjang kepada kejayaan parti.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami