awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Kami tuan di negara sendiri” - PM Kanada, Mark Carney jawab ancaman Presiden Trump
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan gantung bendera politik di masjid, sekolah agama

Bernama
Bernama
06/04/2018
04:12 MYT
Jangan gantung bendera politik di masjid, sekolah agama
Dalam kerancakan kempen PRU14, setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas. - Gambar hiasan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan agar semua pihak tidak menggantung atau menaikkan bendera, poster atau sebarang propaganda parti politik di kawasan masjid, surau, tanah perkuburan atau mana-mana sekolah agama di negeri ini.
Baginda bertitah dalam kerancakan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), setiap pihak perlu menunjukkan kematangan berpolitik dan tidak melampaui batas dalam usaha untuk memenangkan parti masing-masing.
"Adalah tidak wajar sekiranya terdapat mana-mana pihak yang tidak sensitif dengan permintaan ini," titah baginda merangkap Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Titah baginda, larangan itu juga adalah selari dengan 'Tujuh Amanat Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail' yang melarang politik dibawa ke masjid di negeri ini.
"Pengerusi serta ahli jawatankuasa masjid diminta mengambil amanah, menurunkan atau menanggalkan dengan serta-merta tanpa mengira parti jika masih terdapat perkara sedemikian dibuat oleh pihak tidak bertanggungjawab di dalam kawasan kariah masing-masing," titah baginda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bendera
#Perlis
#pilihan raya umum
#politik
#propaganda
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan