awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan heret istana dalam isu pembekuan peruntukan - Azmin

Bernama
Bernama
17/03/2018
21:39 MYT
Jangan heret istana dalam isu pembekuan peruntukan - Azmin
AZMIN: Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? -Gambar fail
Isu pembekuan peruntukan negeri kepada wakil rakyat Pas adalah soal pentadbiran dan parti itu tidak sepatutnya mengheret pihak istana dalam masalah berkenaan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali ketika mengulas perkara itu pada Sabtu berkata mereka sepatutnya mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
"Ini soal pentadbiran, bukan jumpa sultan. Nak maklum apa kepada Istana Selangor? Mereka (ADUN Pas) kena ikut prosedur, ikut peraturan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Karnival Himpunan Membangun Rakyat Memakmur Negeri, di sini pada Sabtu.
Katanya, kerajaan negeri sebelum ini telah meminta kesemua Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas supaya berjumpa pegawai daerah masing-masing bagi tujuan berkenaan.
Isnin lepas, Pesuruhjaya Pas Selangor, Sallehen Mukhyi telah mengemukakan surat berhubung pembekuan peruntukan tahunan negeri terhadap wakil rakyatnya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Sallehen sebelum ini dilapor berkata surat itu bertujuan memaklumkan kepada baginda mengenai situasi sebenar selepas Mohamed Azmin menyekat peruntukan tahunan 13 wakil rakyat Pas sejak dua bulan lalu.
Terdahulu, dalam ucapannya pada karnival berkenaan, Mohamed Azmin membayangkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Gombak dan kerusi DUN Bukit Antarabangsa pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
"Saya bagi tiga pilihan, Bukit Antarabangsa, Gombak atau mana-mana kerusi di Selangor. Saya tak pilih kerusi Pekan atau Bagan Datuk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MalaysiaMemilih
#Mohamed Azmin Ali
#parti
#PAS
#pembekuan peruntukan
#pentadbiran
#peruntukan negeri
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan