awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jangan khianati kami - Hadi

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
18/09/2014
03:23 MYT
Jangan khianati kami - Hadi
Jangan khianati kami - Hadi
PAS menggesa PKR dan DAP agar tidak mengkhianati tahaluf yang dijalankan sepertimana mereka tidak belot dengan kerjasama yang dibuat.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sepanjang sejarah perjuangan PAS tidak pernah khianat kepada rakan tahalufnya.
Katanya, sebagai menghormati tahaluf, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan.
"Sepanjang sejarah perjuangan PAS, kita tidak pernah khianat kepada rakan tahaaluf kita, maka kita minta rakan tahaaluf kita juga tidak mengkhianati tahaaluf ini.
'Sebagai sebuah parti politik besar, apa jua rancangan besar mestilah diputus bersama sebelum ianya dilaksanakan," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar di Muktamar Tahunan PAS ke-60, di sini, hari ini.
Abdul Hadi juga mengingatkan ahli dan pemimpin PAS bahawa tahaaluf yang dilaksanakan mestilah memperkuatkan PAS bukan sebaliknya.
"Amat malang bagi kita sekiranya tahaluf ini menyebabkan ada pihak yang cuba melemahkan kita, mengkucar-kacirkan kita, sehingga ada yang pening dan mabuk lantaran sanggup berlawanan sesama sendiri," katanya lagi.
Katanya, kerjasama politik bukan bermakna PAS terpaksa mengikut rentak parti lain sehingga hilang prinsip dan jati diri sehingga menghilangkan dasar parti bagi pelaksanaan Islam.
"Matlamat kemenangan mesti digunakan bagi memperteguhkan prinsip Islam yang bersifat syumuliyyah. "Paksi perjuangan kita mestilah teguh dan kukuh kerana ianya berpaksikan kepada aqidah tauhid," katanya.
Penegasan Abdul Hadi ini dibuat selepas beberapa keputusan yang PAS buat mendapat kritikan hebat pimpinan Pakatan Rakyat termasuk dari parti itu sendiri.
Ia juga ada hubungkait dengan krisis politik di Selangor seperti langkah PKR mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kajang bagi membolehkan menteri besar baharu dilantik menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Dalam ucapannya juga Abdul Hadi sekali lagi mengingatkan bahawa desas-desus yang mengatakan PAS akan menyertai UMNO adalah fitnah semata.
Topic Berkaitan
#HADI AWANG
#Muktamar Pas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan