MACHANG: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub meminta ketua bahagian dan cawangan UMNO Kelantan agar tidak menggunakan kempen dan ceramah yang mengguris hati pemimpin dan ahli Pas.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan itu berkata, pendekatan UMNO dalam penerangan atau ceramah ialah, mengelak dari mengeluarkan perkataan-perkataan kurang enak dan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.
"Saya sentiasa mengingatkan dalam mesyuarat perhubungan UMNO Negeri kepada ketua bahagian, ketua sayap, Wanita, Pemuda atau Puteri, agar selepas ini, apabila kita memasuki endemik dan ada ceramah, jangan guna bahasa kurang sopan dan tidak elok.
"Sebaliknya, gunalah bahasa yang elok-elok. Tak payah cakap keburukan lawan kita. Cakap apa yang kita nak buat. Kerana rakyat sudah jemu dengan ceramah atau siaran media sosial yang menceritakan keburukan lawan," katanya kepada pemberita pada program Iftar Ramadan bersama Felcra Berhad.
Ahmad Jazlan yang juga Pengerusi Felcra Berhad berkata demikian ketika diminta mengulas pendekatan UMNO Kelantan dalam siri kempen dan ceramah politik di Kelantan.
UMNO Kelantan pada Februari lalu memutuskan hubungan Muafakat Nasional (MN) dengan Pas dan akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-15 di Kelantan secara sendiri tanpa pakatan itu.
Ini bermakna UMNO Kelantan bakal bertanding di semua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan serta menentang calon dari Pas dan Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Mengulas lanjut, Ahmad Jazlan berkata, siri ceramah dan penerangan dalam kelompok kecil di bahagian dan kawasan sudah dimulai dengan pendekatan kempen gerak kerja UMNO Kelantan untuk bertanding sendirian.
Bahkan, katanya, kempen dan penerangan UMNO Kelantan yang dimulai turut menjelaskan kepada rakyat Kelantan kegagalan Pas mentadbir Kelantan selama lebih 30 tahun dengan pelbagai isu membabitkan masalah bekalan air, kebersihan, peluang pekerjaan dan sebagainya.
"Kita tidak menyerang individu atau bermulut celupar mengkritik Pas Kelantan dengan perkataan kurang sopan.
"Sebaliknya, pendekatan kempen kita lebih kepada memberi maklumat kepada rakyat tentang kegagalan pentadbiran Pas di Kelantan selama lebih 30 tahun," tambahnya.
Untuk rekod, Pimpinan Pas Kelantan sebelum ini melahirkan kekecewaan susulan kenyataan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh Datuk Zawawi Othman menggelarkan 'tiga jahanam' kepada pemimpinnya.
Gelaran itu dilontarkan Zawawi ketika ucapan perwakilan di Perhimpunan Agong UMNO lalu.
Pemimpin yang dimaksudkan Zawawi itu ialah Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Ketiga tiga individu berkenaan dakwa Zawawi sebagai bermulut jahat yang mana katanya UMNO tidak boleh mengadakan kerjasama selagi individu berkenaan berada dalam Pas.
Vivi Sumanti
Tue Apr 19 2022

Ahmad Jazlan menyampaikan zakat kepada pelajar tahfiz sempena Majlis Iftar Ramadhan Felcra Berhad di Pusat Transformasi Ilmu, Bukit Tiu, Machang, 19 Apr 2022. --fotoBERNAMA

Bursa, anak syarikat ditutup Isnin sempena Aidiladha
Operasi akan disambung semula pada 12 Julai 2022.

Dua lelaki buat laporan palsu ditahan, elak denda buat kad pengenalan baharu
Hasil siasatan mendapati kejadian ragut tidak pernah berlaku dan kedua-dua lelaki berusia 30 dan 43 tahun itu ditahan pihaknya.

Program Kebersihan Masya'ir pupuk keakraban, kerjasama dalam kalangan jemaah haji Malaysia
Program berkenaan telah dilaksanakan sejak 2017 semasa jemaah berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

AWANI Ringkas: Peguam Diraja dibenar atau tidak wakili najib?

Isu Bekalan Air | Perigi kotor, penduduk beli air bersih di kampung lain
Bukan mahu merungut namun sampai bila mahu bergantung kepada air perigi, luah penduduk kampung di kepulauan Batu Sapi, Sandakan. Haparan mereka kerajaan dapat menyalurkan bekalan air bersih kerana perigi yang digunakan selama ini sudah tidak sebersih dulu.

Cacar monyet: Singapura sahkan kes tempatan pertama babitkan warga Malaysia
Pesakit adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 45 tahun yang menetap di Singapura.

Ibadah Haji 2022 | Kiswah Kaabah sedia ditukar
Penutup kain Kaabah sedia untuk ditukar, menjelang permulaan ibadah ziarah tahunan. Lebih dikenali sebagai Kiswah, ia diperbuat daripada sutera tulen, benang emas dan perak serta disulam dengan kaligrafi Islam.

Kos Sara Hidup | Perlu ada usaha kolektif semua pihak
Isu kos sara hidup tidak boleh diletakkan di atas bahu satu pihak semata-mata. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata ia memerlukan usaha secara kolektif kerana semua pihak mempunyai peranan ketika situasi ekonomi yang tidak menentu ini.

AWANI Ringkas: Mahkamah Singapura tolak rayuan

Tambang feri Pulau Pangkor: Kerajaan negeri bincang kenaikan harga tiket - Exco
Beliau sedar kegusaran dihadapi ramai pihak termasuk pemain industri pelancongan ketika ini.

PRU15: UMNO Kelantan setuju Ismail Sabri calon Perdana Menteri
Ia selaras dengan usul yang dikemukakan 11 daripada 14 bahagian UMNO Kelantan awal Februari lalu.

Jangan kritik, mulut jahat terhadap Pas Kelantan - Ahmad Jazlan
Pendekatan UMNO ialah mengelak dari mengeluarkan perkataan kasar sehingga boleh menimbulkan rasa tidak selesa parti lawan.

UMNO Kelantan putuskan hubungan dengan Pas negeri - Ahmad Jazlan
UMNO Kelantan hari ini membuat keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Pas negeri yang berkuat kuasa serta-merta.

PRU15: Pas Kelantan bincang hubungan dengan UMNO
Ahmad mengesahkan telah menerima surat rasmi daripada Ahmad Jazlan minggu lalu.

Ahmad Jazlan dilantik pengerusi baharu Felcra Berhad
Felcra Berhad hari ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub sebagai pengerusi baharunya berkuat kuasa semalam.

Mula-mula sokong, Jazlan buat u-turn - Nazri
Hujah Nazri, pada 29 Julai lalu, ketika pertemuan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di bangunan Parlimen, Jazlan antara yang bersetuju untuk kekal menyokong Perikatan Nasional (PN).

UMNO Kelantan tetap desak PM letak jawatan
Badan Perhubungan UMNO Kelantan kesal dengan tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang didakwa melakukan penderhakaan terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah.

Parlimen itu dibuka bagi memudahkan perjalanan proses semak dan imbang
Pembukaan persidangan Parlimen adalah bagi memudahkan proses semak dan imbang yang merupakan sebahagian tanggungjawab Ahli Parlimen.

Kerajaan PN masih sah, akan terus tunaikan tanggungjawab - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, PN dengan sokongan 110 ahli parlimen masih sah sebagai kerajaan dan akan meneruskan tanggungjawab mentadbir negara.

PN hilang majoriti, Muhyiddin perlu segera menghadap Agong, kata MP PKR
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menjelaskan kerajaan PN kini sudah boleh dianggap tumbang.