awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jangan paksa Muhyiddin letak jawatan' - Shahrizat

Mohd Zalani Md Atan
Mohd Zalani Md Atan
08/08/2015
09:59 MYT
'Jangan paksa Muhyiddin letak jawatan' - Shahrizat
SHAHRIZAT: Kita tidak perlu suruh Datuk Seri Najib letak jawatan mahu pun Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden. Tidak perlu.
Pergerakan Wanita UMNO meminta desakan supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selaku Timbalan Presiden UMNO dihentikan, sebaliknya memberi sokongan kepada beliau untuk berkhidmat dalam parti.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Muhyiddin mempunyai hak dan tidak melanggar mana-mana peraturan untuk terus memegang jawatan nombor dua dalam parti terbesar orang Melayu itu meskipun digugurkan daripada barisan Kabinet.
"Terpulanglah kepada peribadi masing-masing mereka kepemimpinan tertinggi dalam parti. Cuma yang saya tahu kalau tidak letak jawatan, itu tidak melanggar mana-mana perundangan dan peraturan yang ada," beliau memberitahu sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Bera di Kompleks Rakan Muda di sini.
Tambahnya, tekanan supaya meletak jawatan apabila menjadi pemimpin adalah lumrah dalam politik sepertimana yang turut dirasakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Jadi pada saya, kita tidak perlu suruh Datuk Seri Najib letak jawatan mahu pun Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden. Tidak perlu," ujar Shahrizat.
Beliau turut mengingatkan semua pihak bahawa UMNO perlu kekal stabil ketika situasi politik yang melanda parti pada masa ini.
Pada Khamis, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Yunus yang sebelum ini membatalkan undangan kepada Muhyiddin untuk merasmikan persidangan perwakilan bahagiannya, dan mendesak bekas Timbalan Perdana Menteri itu meletak jawatan serta bersara daripada arena politik.
Topic Berkaitan
#Jamal Yunus
#letak jawatan
#Muhyiddin Yassin
#Najib Razak
#Shahrizat Jalil
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan