Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menasihatkan rakan-rakan kepimpinannya dalam Barisan Nasional (BN) supaya jangan terlalu menghentam calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau berpendapat, tindakan sedemikian boleh memberi kesan negatif kepada UMNO dan BN pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.
Menurut beliau, pemimpin UMNO dan BN sebaliknya perlu membentangkan laporan kejayaan dan kecemerlangan yang telah dilakukan kerajaan BN.
"Bagi saya, eloklah mereka nak letakkan Dr Mahathir sebagai calon kerana tanggungjawab perdana menteri sangat besar yang memerlukan stamina, tenaga dan fikiran yang hebat.
"Lazimnya, kalau sudah berumur seperti beliau, tentulah lemah. Pada saya biarlah dia jadi calon yang lemah, senang kita buat kerja. Kalau mereka letak calon yang kuat, apa untungnya pada kita," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Sambutan 45 Tahun Rancangan Tanah Belia Khas Seberang Perak, dekat sini, pada Sabtu.
Perasmian disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Tajudin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, sekiranya pemimpin UMNO/BN ingin mengkritik Dr Mahathir, biarlah ia dibuat dengan cara berhemah dan dengan hujah yang boleh diterima rakyat.
"Dalam budaya Melayu, orang tak suka kita kutuk pemimpin secara keterlaluan dan kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita pemimpin yang berhemah dan bermaruah," ujarnya.
Tambahan pula, kata beliau, pengundi di negara ini telah sangat matang dan mampu membuat penilaian terbaik masing-masing.
"Saya seru rakan-rakan seperjuangan dalam BN, marilah kita hadapi PRU akan datang dengan kekuatan dan kejayaan membela rakyat dan membangunkan negara," kata Tajudin.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jan 13 2018
TAJUDDIN: Dalam budaya Melayu, orang tak suka kita kutuk pemimpin secara keterlaluan dan kita mesti tunjukkan kepada rakyat bahawa kita pemimpin yang berhemah dan bermaruah. - Gambar fail/BERNAMA
Malaysia amalkan dasar luar yang seimbang, elak provokatif - Anwar
Malaysia mengamalkan pendekatan dasar luar yang seimbang antara Barat dan Timur, selain mengelakkan sebarang keadaan yang dilihat sebagai provokatif, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anjing kejar budak berjaya ditangkap, ada pemilik - PBT
Majlis Perbandaran Manjung (MPM) berjaya menangkap tiga ekor anjing yang dipercayai mengejar seorang kanak-kanak lelaki hingga nyaris digilis kereta pada Sabtu.
Fokus Minggu Depan: Soladiriti Gaza merantasi bangsa dan agama
Break The Siege: Fokus Minggu Depan membincangkan topik Solidariti Gaza Merentasi Bangsa dan Agama susulan penangguhan misi penghantaran bantuan ke Gaza anjuran Freedom Flotilla Coalition (FFC).
Boling padang: Daripada jaguh kampung, Farah Ain kini bergelar jaguh dunia!
Farah Ain berjaya menempatkan dirinya di puncak dunia dengan menggondol pingat emas perseorangan wanita di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia, Guernsey.
Kekejaman Zionis: Angka kematian meningkat ke lebih 34,000
Sekurang-kurangnya lapan rakyat Palestin terbunuh dan berpuluh-puluh cedera pada petang Jumaat dalam serangan Israel ke atas kem pelarian Nuseirat di tengah Gaza.
Pertumbuhan saksama: Penglibatan negara maju penting
Tengku Zafrul melihat kerjasama dan penglibatan negara maju sebagai aspek penting dalam membantu membawa kemampanan dan pertumbuhan yang seimbang.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH lancar manifesto minggu depan
Calon PH Pang Sock Tao akan melancarkan manifesto sempena PRK Kuala Kubu Baharu minggu depan.
SPRM siasat pemimpin kanan di utara tanah air
Seorang pemimpin kanan di utara tanah air disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
TH tanggung lebih RM350 juta kos tunai haji tahun ini
Lembaga Tabung Haji (TH) menanggung lebih RM350 juta membabitkan kos langsung dan tidak langsung tunai haji menerusi Bantuan Kewangan Haji pada tahun ini.
Musim haji: Persiap diri, jaga keselamatan dan kesihatan - Sultan Selangor
Sultan Sharafuddin menasihatkan jemaah agar membuat persiapan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan dengan sebaiknya.
Jangan terlalu hentam Tun M - Tajuddin
Ahli MT UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman menasihatkan rakan-rakan kepimpinannya supaya jangan terlalu menghentam Tun Dr Mahathir Mohamad.