awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zohran Mamdani angkat sumpah Datuk Bandar NYC Muslim pertama
Amaran hujan berterusan tahap waspada di Sarawak hingga 3 Jan
Honda patenkan sistem ADAS untuk motosikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Ketua Umum PKR dimansuh - Anwar

Bernama
Bernama
18/11/2018
10:43 MYT
Jawatan Ketua Umum PKR dimansuh - Anwar
ANWAR: Ia bukan (jawatan dalam) perlembagaan, ia diwujudkan khas untuk saya yang ketika itu tidak boleh memegang sebarang jawatan. -Astro AWANI/Shahir Omar
Jawatan Ketua Umum PKR dimansuhkan berikutan pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti itu bagi penggal 2018-2021.
Perkara itu disahkan oleh Anwar sendiri yang menyatakan bahawa pewujudan jawatan itu adalah hasil resolusi kongres tahunan parti pada 2007 kerana beliau tidak boleh menjadi presiden parti pada ketika itu.
"Ia bukan (jawatan dalam) perlembagaan, ia diwujudkan khas untuk saya yang ketika itu tidak boleh memegang sebarang jawatan.
"Sekarang yang ada hanya Majlis Penasihat parti yang diketuai oleh Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail)," katanya pada sidang media selepas tamatnya Kongres Nasional PKR ke-13 di sini hari ini.
Kongres Nasional PKR 2007 yang berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan meluluskan cadangan mewujudkan jawatan Ketua Umum PKR khusus untuk Anwar, yang ketika itu baru dibebaskan dan disekat menyertai politik selama lima tahun.
Jawatan itu diwujudkan kerana Jabatan Pertubuhan Malaysia melarang Anwar menyertai pemilihan parti selepas dibebaskan dari penjara.
Anwar, yang menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti baru-baru ini, diisytiharkan secara rasmi sebagai Presiden PKR hari ini, menggantikan Dr Wan Azizah.
Semalam, lebih 2,000 perwakilan yang menghadiri kongres tahunan itu sebulat suara bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat PKR dan Dr Wan Azizah dilantik sebagai Pengerusinya yang pertama.
Menjawab soalan adakah terdapat sebarang jawatan akan ditawarkan kepada Mohd Rafizi Ramli dalam parti itu, Anwar menjawab: "You all (wartawan) ada sebarang cadangan?".
Mohd Rafizi tewas dalam perebutan jawatan nombor dua parti apabila penyandangnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipilih mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Azmin Ali
#Jabatan Pertubuhan Malaysia
#Ketua Umum PKR
#Majlis Penasihat
#PKR
#Rafizi Ramli
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan