awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka bertukar tangan

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/11/2021
04:45 MYT
Jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka bertukar tangan
Kamarudin Sidek (gambar) tidak lagi menjawat jawatan Pesuruhjaya Pas Melaka, tempatnya diganti dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail. - Gambar fail/Astro AWANI
MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berakhir Sabtu lalu menyaksikan beberapa jawatan tertinggi parti peringkat negeri itu mula bertukar tangan.

Selepas Pengerusi DAP negeri, Datuk Tey Kok Kiew mengumum melepaskan jawatan, Pas pula mengumumkan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Kamarudin Sidek tidak lagi menjawat jawatan itu.

Sebaliknya, jawatan berkenaan diganti dengan Ketua Dewan Ulama Pas Melaka, Zulkifli Ismail.

Kamarudin berkata, pertukaran itu bagaimanapun tiada kaitan dengan kekalahannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong pada PRN lalu.

“Itu satu pertukaran biasa sahaja kerana jawatan Pesuruhjaya Pas Negeri biasanya hanya tiga penggal dan saya sudah cukup tempoh itu.

“(Jadi) tiada kena mengena dengan PRN kerana jawatan itu boleh dilantik semula selepas ‘rehat’ satu penggal dan saya masih kekal Yang di-Pertua Pas Kawasan Jasin,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Terdahulu, berdasarkan kenyataan media dikeluarkan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, hanya Kamarudin tidak dikekalkan bagi sesi 2021-2023 manakala 13 lagi Pesuruhjaya Negeri masih penyandang yang sama.

Perkara itu jelasnya telah diputuskan melalui Mesyuarat Kali Kedua, Jawatankuasa Kerja Pas Pusat pada 21 November 2021 yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden parti, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Jelas Kamarudin lagi, beliau meletakkan harapan tinggi untuk Pas terus berkembang khususnya di negeri Melaka.

“Semoga Pas terus berkembang khususnya di Melaka dan menjadi sebuah wadah perjuangan Islam yang menyatukan ummah. 
 “Saya juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Tuan Guru Hj Zulkifli Hj Ismail atas pelantikan sebagai Pesuruhjaya Pas Negeri yang baharu dan tentunya saya akan banyak beri sokongan kepada beliau,” tambahnya.

Terdahulu pada PRN lalu, Kamarudin yang sekali lagi mempertaruhkan nasib di DUN Duyong dan berdepan saingan enam penjuru, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN) Mohd Noor Helmy Abu Halen.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka
#Kamarudin Sidek
#zulkifli ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan