awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sebuah lagi PPS dibuka di Segamat, mangsa banjir di Johor kini 148 orang
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Fury Redemption: Ez Ghazali atasi jaguh Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jawatan TPM: Pemimpin bawahan usah jadi 'nasi tambah' - Annuar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
11/07/2022
09:15 MYT
Jawatan TPM: Pemimpin bawahan usah jadi 'nasi tambah' - Annuar
Annuar berkata perlantikan TPM merupakan hak prerogratif perdana menteri. - Gambar fail
KOTA BHARU: Pemimpin politik bawahan diminta tidak menjadi 'nasi tambah' dalam perkara yang melibatkan pimpinan tertinggi termasuk dalam soal jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).
Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata, soal jawatan dan pelantikan TPM merupakan hak prerogratif perdana menteri.
"Kita ini yang jadi masalah, kita orang kecil hendak cakap benda besar, kita Ketua Bahagian berlagak macam Presiden. Parti susah, dalam soal ini, PM ke-9 Ismail Sabri dan PM ke-8, Tan Sri Muhyiddin, itu prerogatif dua perdana menteri. Saya rasa orang lain tidak payah campur.
"Yang jadi kelam kabut bila orang lain campur. Yang tak terlibat jadi buat apa menambah kekalutan? Baik tolong rakyat kawasan kita, tumpu bantu rakyat. Dalam soal berbangkit itu (jawatan TPM) ia adalah hal PM ke-8 dan PM ke-9. Biarlah, dia berdua menanganinya. Semua mereka tahu selok belok dan letak duduknya orang lain termasuk saya. Elok jangan jadi 'nasi tambah'," katanya.
BACA: Perjanjian jawatan TPM wujud, Abdul Hadi kena rujuk Takiyuddin - Muhyiddin
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Korban Perdana dan Majlis Akikah 2022 Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan, di sini hari ini.
Nasihat itu dipercayai ditujukan kepada Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang sebelum ini dilaporkan meminta Annuar menjelaskan perjanjian berhubung jawatan TPM.
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#TPM
#Nur Jazlan Mohamed
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan