awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jemaah Penasihat UMNO akan bincang isu Ahmad Zahid - Tengku Razaleigh

Bernama
Bernama
20/10/2018
12:49 MYT
Jemaah Penasihat UMNO akan bincang isu Ahmad Zahid - Tengku Razaleigh
TENGKU RAZALEIGH: Hasil mesyuarat akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan selanjutnya.
Jemaah Penasihat UMNO akan bermesyuarat dalam tempoh terdekat untuk membincangkan soal parti dan kedudukan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Presiden parti.
Pengerusinya Tengku Razaleigh Hamzah berkata hasil mesyuarat akan dibentangkan kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk tindakan selanjutnya.
"Berdasarkan apa yang berlaku baru-baru ini (pendakwaan ke atas Ahmad Zahid)... sudah pasti Jemaah Penasihat UMNO akan mengadakan mesyuarat kerana ia memberi kesan (kepada parti)," katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran buku 'The End Of UMNO? Post GE-14: Where is UMNO headed after GE14?' oleh Bridget Welsh, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan undang-undang yang sedang dihadapi Ahmad Zahid.
Semalam, bekas timbalan perdana menteri itu didakwa dengan 45 pertuduhan di Mahkamah Sesyen di sini.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, berkata UMNO perlu mengadakan pemilihan semula bagi jawatan presiden sekiranya Ahmad Zahid terpaksa melepaskan jawatannya.
"Saya membaca berita di akhbar dan blog yang meminta Ahmad Zahid bercuti dan ada juga yang mahu beliau melepaskan jawatan presiden namun desakan itu bukanlah daripada anggota akar umbi parti. UMNO masih teguh kerana ia memiliki 49 kerusi di Parlimen," katanya.
Tengku Razaleigh berkata pada pandangannya jalan terbaik bagi Ahmad Zahid dalam kes ini ialah bercuti atau meletak jawatan kerana sebelum ini ada pemimpin tertinggi UMNO berbuat demikian apabila terlibat dengan pertuduhan di mahkamah.
Pada masa sama, pemimpin veteran berusia 82 tahun itu menyatakan hasrat untuk berundur selepas penggal ini tamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#jemaah penasihat
#Presiden UMNO
#tengku razaleigh
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan