POLITIK
Jentera Penerangan Gagasan Rakyat ada tugas berat, digesa agresif tangani tohmahan pembangkang

Hajiji merasmikan Seminar Penerangan Perhimpunan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu hari ini. - Foto Astro AWANI/ASSIM HASSAN
KOTA KINABALU: Jentera Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) digesa agresif dalam menangkis segala bentuk tohmahan dan fitnah dilempar pembangkang kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17.
Presiden Gagasan Rakyat merangkap Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menegaskan, adalah menjadi tugas mereka memberi penjelasan terhadap perjuangan parti dan inisiatif dilakukan kerajaan.
Jelas Pengerusi GRS itu lagi, penerangan Gagasan Rakyat perlu mengaktifkan jentera di semua peringkat bagi memastikan tiada masyarakat yang keliru dengan dakyah pembangkang.
"Semua ketua penerangan parti dari setiap bahagian digerakkan. Kita mahu mereka ini bagi penjelasan tentang perjuangan parti... apa yang dilaksanakan kerajaan hari ini mesti diterangkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penerangan Persidangan Tahunan 2025 Gagasan Rakyat di sini, hari ini.Ditanya mengenai inti pati Perhimpunan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat yang akan dirasmikan beliau pada Ahad, Hajiji menjelaskan segala persiapan berada dalam keadaan baik.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas inti pati tersebut sebaliknya meminta para media untuk menunggu pada hari kejadian.
"Segala resolusi, tunggu nanti pada Ahad. Tidak boleh komen sekarang," katanya.
Perhimpunan Agung Tahunan 2025 Gagasan Rakyat akan diadakan hujung minggu ini iaitu 26 dan 27 Julai di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini.
Lebih 2,000 perwakilan daripada 73 bahagian dijangka hadir pada perhimpunan kali ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami