awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Abu Bakar sedia terajui PFA, fokus pulihkan bola sepak Perlis
Keselamatan orang ramai jadi keutamaan semasa banjir - Uggah
JKDM latih pegawai NLP jaga pintu masuk negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Jika kami gagal, buanglah kami dan pilih semula BN' - Syed Saddiq

Zaim Ibrahim
Zaim Ibrahim
10/04/2018
05:42 MYT
'Jika kami gagal, buanglah kami dan pilih semula BN' - Syed Saddiq
Syed Saddiq menegaskan media perlu dibebaskan supaya pemimpin boleh dikritik secara terbuka bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat. - Foto Sinar Harian
Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegaskan Pakatan Harapan (PH) sanggup dibuang seandainya PH gagal memenuhi manifesto mereka selepas dipilih sebagai kerajaan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
“Kalau Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali termasuk saya gagal menunaikan janji, buanglah kami dan pilihlah BN,” kata Syed Saddiq ketika sesi acara 'Sinar Debat bersama Exco Pemuda UMNO'.
Syed Saddiq berkongsi pentas dengan Exco Pemuda UMNO, Rahman Hussin dalam forum anjuran Sinar Harian diadakan di ibu pejabatnya di Shah Alam, Selangor pada Isnin.
Menurut Syed Saddiq, PH perlu diberi peluang demi masa depan yang baharu.
Ujar beliau, rakyat berkuasa untuk membawa perubahan kerana walaupun negara ditadbir oleh BN lebih 60 tahun, parti itu adalah tidak sama seperti dahulu.
Menurutnya, PH juga akan membebaskan media dan mana-mana kerajaan tidak kira daripada PH, BN atau Pas yang bersikap adil perlu sedia dikritik secara terbuka bagi mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Dalam sesi debat tersebut, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub turut melancarkan 'Dana Amanah Sinar Harian Untuk Belia Dalam Politik' bagi menggalakkan golongan muda bawah 30 tahun aktif dalam politik.
Topic Berkaitan
#adil
#Hussammuddin Yaacob
#integriti
#kerajaan
#Malaysia Memilih
#Media
#Mohamed Azmin Ali
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#PKR
#PPBM
#PRU14
#Rafizi Ramli
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan