awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes di AS berterusan susulan insiden tembakan di Minneapolis
Lima maut dalam kemalangan di lebuh raya Korea Selatan akibat 'ais hitam'
Banteras rasuah: "Akan ada 'suara' pertikai dalam setiap kes berprofil tinggi" - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jika tidak ditadbir dengan baik, Ahli Parlimen boleh tukar kerajaan - Tun M

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
28/03/2023
04:37 MYT
Jika tidak ditadbir dengan baik, Ahli Parlimen boleh tukar kerajaan - Tun M
DR MAHATHIR: Kalau satu kerajaan itu tidak ditadbir dengan baik, Ahli Parlimen sepatutnya menukar kerajaan baharu, seperti apa yang berlaku di zaman Muhyiddin dahulu. - Foto Astro AWANI
PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat, sekiranya sesebuah kerajaan tidak ditadbir dengan baik, maka Ahli Parlimen sendiri boleh menukar kerajaan itu.
Katanya, usaha itu tidak melanggar undang-undang dan ia merupakan hak bagi wakil rakyat untuk menukar kerajaan baharu.
"Saya berpendapat, kalau satu kerajaan itu tidak ditadbir dengan baik, Ahli Parlimennya sepatutnya menukar kerajaan baharu.
"Seperti apa yang berlaku di zaman (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) dahulu. UMNO tidak puas hati dan UMNO tarik sokongan. Jadi, kerajaan baharu digantikan," katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika menjawab soalan pada sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Beliau turut menyentuh mengenai isu Ahli Parlimen berbangsa Melayu yang dikatakan terlalu mengikut dasar sesebuah parti berkenaan.
"Ahli Parlimen orang Melayu ini, saya dapati, mereka amat setia kepada parti. Kalau parti mereka mencuri, menyamun, mereka akan sokong.
"Sebab itu kita kurang yakin bahawa mereka akan bertindak sebagai orang Melayu, sebaliknya bertindak sebagai ahli parti dan mengikut dasar parti," tambah Dr Mahathir.
Pada sidang media sama, beliau menggesa kerajaan memandang serius mengenai isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Topic Berkaitan
#Mahathir Mohamad
#tukar kerajaan
#UMNO
#Ahli Parlimen Melayu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan