awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh

Sinar Harian
Sinar Harian
11/02/2024
04:02 MYT
Jumpa depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok - Akmal Saleh
Dr Akmal berkata, pertemuan secara bersemuka lebih 'gentleman' berbanding membalas kenyataan melalui media sosial. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh sedia bertemu empat mata dengan seorang pengguna TikTok yang mengkritik beliau susulan gesaan berkaitan tambahan peruntukan kepada sekolah agama rakyat (SAR) dan persendirian sebelum ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu berkata, pertemuan secara bersemuka lebih 'gentleman' berbanding membalas kenyataan melalui media sosial.
"Saya nak jumpa lelaki ini depan-depan, tak mahu sembang dalam TikTok acah-acah pakai rantai.
"Saya tak gentar jadi saya tunggu, kalau tak berani nak datang bagi sahaja lokasi di mana," katanya menerusi video yang dimuat naik di TikTok pada Sabtu.
Dr Muhamad Akmal memberitahu bahawa beliau menyedari mengenai video berdurasi 2 minit 18 saat itu selepas namanya ditag pada ruangan komen video bertajuk Akmal Saleh pejuang Melayu palsu.
Menerusi video tersebut, individu terlibat mendakwa Dr Muhamad Akmal hanya 'menumpang' isu terlibat, dalam masa sama mempersoalkan kehadiran pemimpin sayap UMNO itu dalam Himpunan Selamatkan Syariah pada Jumaat.
Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dilapor mengumumkan kerajaan menyalurkan peruntukan sejumlah RM18.9 juta kepada 63 sekolah persendirian Cina untuk tahun 2024.
Sebagai rekod pada tahun lepas, peruntukan khas itu sebanyak RM15.75 juta dengan sekolah masing-masing menerima RM250,000.
Berikutan itu, pada Rabu, Dr Muhamad Akmal mahu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertimbangkan tambahan peruntukan kepada sekolah agama.
Beliau berkata, perkara tersebut perlu atas prinsip keadilan dan kesamarataan kepada semua jenis sekolah di negara ini.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Dr Muhamad Akmal Saleh
#Ketua Pemuda UMNO
#sekolah agama rakyat
#TikTok
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan