Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 – Trump & Pemimpin Serantau Berhimpun – Sorotan, Video & Analisis – Ikuti Di Sini
POLITIK

"Jumpa di Seri Satria nanti" - Faizal Azumu bakal jadi TPM?

Harits Asyraf Hasnan 05/12/2020 | 11:07 MYT
Ahmad Faizal dilihat berketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu. - Astro AWANI
IPOH:“Jumpa di Seri Satria nanti,” itu ayat terakhir diungkap Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada sidang media terakhir beliau sebagai Menteri Besar Perak.

Beliau dilihat berketawa kecil selepas mengungkapkan perkataan itu.

’Seri Satria’ merujuk kepada kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya.

Sebelum ini, wujud khabar angin yang menyatakan Ahmad Faizal akan diberi jawatan dalam Kabinet sebagai timbal balas terhadap apa yang berlaku di negeri ini.


BACA: Ahmad Faizal Azumu menuju Putrajaya?

BACA: LAPOR LANGSUNG: ''Saya telah cuba melakukan yang terbaik' - Faizal Azumu umum letak jawatan


BACA: Ahmad Faizal Azumu angkat sumpah Menteri Besar Perak

BACA: Faizal Azumu MB Perak ke-13, terajui pentadbiran Perikatan Nasional

BACA: MB Perak pelajar nakal tapi hormat guru - Bekas guru


#Ahmad Faizal Azumu #MB Perak #Menteri Besar #Perak #politik perak #TPM #Timbalan Perdana Menteri #Putrajaya #Seri Satria