Kabinet Pakatan Harapan (PH) secara automatiknya terbubar selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin, kata penganalisis politik.
Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata mengikut amalan biasa sistem demokrasi, apabila perdana menteri meletak jawatan maka secara tidak langsung jawatan jemaah menteri juga terbubar dan berlaku kekosongan kabinet.
Ditanya apa yang akan berlaku selepas ini, Ahmad Atory berkata ia bergantung kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membuat keputusan dalam pemilihan pengganti perdana menteri bagi memimpin kerajaan.
"Sekarang ini, tidak boleh ada kekosongan (kabinet) yang terlalu lama. Agong akan memilih ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mendapat sokongan majoriti iaitu memadai majoriti mudah 112 kerusi di Parlimen untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu.
"Mungkin Agong akan memanggil ketua-ketua parti untuk mengetahui sokongan majoriti memihak kepada siapa dan saya lihat dalam situasi politik hari ini, ada dua pihak iaitu satu pihak menyokong Dr Mahathir dan satu lagi pihak menyokong Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim)," katanya ketika dihubungi Bernama, pada Isnin.
BACA: Semua jawatan menteri Kabinet, timbalan menteri dan setiausaha politik dihentikan
BACA: Agong terima peletakan jawatan Perdana Menteri
BACA: Bersatu tolak peletakan jawatan Tun M sebagai pengerusi parti
Ahmad Atory berkata dalam kemelut politik negara ketika ini, beliau berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) tidak diperlukan.
"PRU hanya akan berlaku sekiranya tidak ada individu yang layak untuk dilantik sebagai perdana menteri. Katakan kalau masing-masing parti tidak mahu bertolak ansur (dalam soal pemilihan perdana menteri), barulah Agong akan isytiharkan Parlimen dibubar bagi memberi laluan kepada PRU dan rakyat untuk kembali memilih," katanya.
Beliau menyifatkan apa yang berlaku adalah sesuatu yang baharu yang belum pernah berlaku di negara dan oleh itu perlu tunggu dan lihat akan perkembangan berikutnya.
Senada dengan Ahmad Atory, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Perangsaraf Media dan Informasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Noor Nirwandy Mat Noordin berkata pentadbiran negara kini bergantung kepada kewibawaan Yang di-Pertuan Agong.
"Baginda seharusnya menasihati apa yang terbaik boleh dilakukan untuk negara dan sekiranya pakatan baharu diwujudkan maka ia seharusnya mendapat mandat yang menunjukkan mereka mempunyai kuasa yang diperlukan dengan jumlah majoriti Ahli Parlimen.
"...dan sekiranya ia kekal dengan (pakatan) lama, ia harus menunjukkan mereka mempunyai konsénsus dan bukannya sekadar mempunyai jaminan dan kekuatan untuk membentuk kerajaan baharu," katanya.
Noor Nirwandy berkata sekiranya ia tidak dapat diselesaikan dengan cara yang mudah kemungkinan satu daripada opsyen adalah mengadakan PRU.
"Ini bagi memastikan sistem demokrasi dalam negara kita terus subur dan terpelihara dan peralihan kuasa ini dapat dijalankan dengan sistematik dan sempurna mengikut Perlembagaan Persekutuan," katanya yang berharap kemelut politik segera diselesaikan memandangkan ketidaktentuan politik boleh menjejaskan imej dan kestabilan negara.
Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri melalui satu kenyataan mengesahkan Dr Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri pada Isnin.
“Surat peletakan itu telah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong pada 1 tengah hari,” menurut kenyataan itu.
Sementara itu, menurut peruntukan Perlembagaan Persekutuan, jika terdapat keperluan mengadakan semula pilihan raya, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Jemaah Menteri sementara.
Seri Paduka boleh berbuat demikian sama ada dengan memperkenankan Jemaah Menteri yang lepas atau membentuk Jemaah Menteri yang baharu terdiri daripada anggota Dewan Rakyat seperti yang termaktub di bawah Perkara 40 (1) Perlembagaan Persekutuan.
Jemaah Menteri itu hanya memiliki kuasa terhad bagi maksud untuk menyempurnakan nasihat dalam hal-hal penting sehingga kerajaan baharu dilantik.
Juga dalam tempoh pembubaran Parlimen itu, jentera pentadbiran Kerajaan Persekutuan masih berfungsi untuk meneruskan dasar-dasar yang dibuat kerajaan sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 24 2020
Ahmad Atory berkata, sekiranya tidak ada individu yang layak untuk dilantik sebagai perdana menteri, barulah Agong akan isytiharkan Parlimen dibubar bagi memberi laluan kepada PRU dan rakyat untuk kembali memilih. Gambar fail
Negara Islam tiada kuasa campur tangan dari aspek perundangan
Sebaliknya, satu bentuk pakatan seperti Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam membawa perubahan dan mengecam apa dilakukan rejim Zionis.
Iran buka semula ruang udara, tarik balik sekatan penerbangan
Iran telah menarik balik sekatan penerbangan di seluruh negara, membuka jalan untuk menyambung semula penerbangan berjadual di semua lapangan terbangnya.
iPhone 17 Plus mungkin guna saiz skrin lebih kecil
Apple dilihat benar-benar ingin mengasingkan model Pro Max sebagai model paling mercu dengan ciri eksklusif seperti iPhone 15 Pro Max.
[KOLUMNIS] Veto AS ke atas Palestin: Pengkhianatan terhadap keadilan dan kesaksamaan
CENTHRA berasa amat kecewa dengan tindakan unilateral ini yang menyebabkan AS berdiri sendirian menentang kemasukan Palestin.
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Pengalaman luas bantu Muhyiddin tadbir negara dengan baik
Rekod dan prestasi baik yang ditonjolkan Muhyiddin sebelum ini tidak dapat diragukan.
Kabinet terbubar, terserah kepada Agong buat keputusan - Penganalisis Politik
Ahmad Atory berkata dalam kemelut politik negara ketika ini, beliau berpendapat Pilihan Raya Umum (PRU) tidak diperlukan.
'UMNO perlu kaji semula maksud politik wang' - Ahmad Atory
UMNO perlu mengkaji semula terma politik wang berunsur pemberian ikhlas atau dibalas dengan sokongan semasa pemilihan parti kelak.
'DAP mungkin ajak MCA dan Gerakan buat parti orang Cina'
Keretakan hubungan di dalam Pakatan Rakyat sehingga menyebabkan DAP mengambil keputusan untuk keluar dilihat langkah awal yang memungkinkan penubuhan parti khusus untuk orang Cina.
Kekebalan Ahli Parlimen: Jangan biarkan tragedi 13 Mei berulang - Dr Jayum
Tragedi berdarah rusuhan kaum 13 Mei 1969 disifatkan tidak mungkin berulang jika tertib berbahasa melibatkan ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara sentiasa dijaga demi kemakmuran dan keharmonian kaum.
Pas berdepan musuh dalaman - Penganalisis politik
Pasma dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman Pas iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.