KUALA LUMPUR: Pemuda UMNO membidas kenyataan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin yang mendakwa kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob dilihat gagal menguruskan ekonomi sekali gus Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 perlu diadakan.
Dalam masa sama, Ketuanya, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mencabar Muhyiddin untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen PN di dalam Kabinet untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dengan segera.
"Keadaan ekonomi hari ini jauh lebih baik daripada waktu beliau (Muhyiddin) membuat ‘lock-down’ separa masak paling lama dan menggantung Parlimen sewenangnya beberapa bulan. Jadi siapa sebenarnya yang gagal urus ekonomi?
"Siapa Menteri Kanan Ekonomi merangkap Menteri MITI? Siapa Menteri Perancang Ekonomi (EPU)? Dan siapa Pengerusi Majlis Pemulihan Ekonomi? Bukankah semuanya termasuk Tan Sri (Muhyiddin) daripada parti BUNGA (Bersatu)? Sekali lagi siapakah yang sebenarnya gagal?
"Apakah setelah Tengku Zafrul isytihar menyertai BN, maka Menteri Kewangan lantikan Tan Sri (Muhyiddin) bahkan disyaratkan oleh Tan Sri sendiri untuk dikekalkan sebagai Menteri Kewangan zaman Datuk Seri Ismail Sabri terus diisytiharkan gagal juga?” soal Asyraf dalam kenyataan yang dikongsi beliau di akaun media sosialnya, hari ini.
Pada Isnin, Muhyiddin secara terbuka membidas kepemimpinan Ismail Sabri yang dilihatnya tidak memandang semua isu membelenggu negara ketika ini termasuk inflasi, kekurangan tenaga kerja dan kemerosotan nilai ringgit sebagai sesuatu yang penting.
Beliau yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), berkata setiap kali majlis itu bermesyuarat, isu kekurangan tenaga kerja sering kali dibangkitkan dan dilaporkan kepada Kabinet, namun setakat ini masih belum ada penyelesaian komprehensif terhadap semua isu ini.
"Isu kejatuhan nilai ringgit juga tidak dipandang serius. Perdana Menteri tidak tampil menjelaskan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk membendung kejatuhan nilai ringgit.
"Malah dikatakan ini bukan masalah besar. Kononnya, Malaysia tidak berada dalam krisis. As if everything is okay. Saya tahu tidak semuanya okay di luar sana," katanya
Justeru itu, Asyraf Wajdi menyarankan agar Muhyiddin tidak hanya menggertak tetapi membuktikan dengan tindakan
"Sebagai anak jantan segera arah anak-anak buah Tan Sri dalam kerajaan untuk menarik sokongan terhadap PM," kata Asyraf Wajdi.
Afiezy Azaman
Tue Sep 20 2022
Asyraf Wajdi Dusuki (kiri) mencabar Muhyiddin Yassin untuk mengarahkan Ahli-Ahli Parlimen Perikatan Nasional di dalam Kabinet untuk menarik sokongan terhadap Perdana Menteri dengan segera. - Gambar fail
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
PADU: Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan - Pakar
Kerajaan perlu lebih fokus mengenai cara untuk mempertingkatkan keyakinan pengguna untuk memastikan pendaftaran sistem PADU berjaya.
7,348 kes jenayah komersial direkod hingga Mac, kerugian lebih RM770 juta
Belum sampai tiga bulan, polis sudah merekodkan 7,348 kes jenayah komersial melibatkan kerugian lebih RM770 juta.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura siasat insiden jambatan di Baltimore runtuh
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura akan menjalankan siasatan susulan insiden Jambatan Francis Scott Key di Baltimore, Maryland runtuh.
Lebih 80 peratus tawaran ke MRSM buat pelajar B40
Pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat dalam kalangan golongan berpendapatan rendah atau B40 ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi sesi 2024 adalah melebihi 80 peratus.
Konsep payung perlu dikembalikan - Asyraf Wajdi
Ia bagi membantu usahawan kecil untuk mempunyai kemahiran dalam menguruskan aliran wang tunai dalam perniagaan masing-masing.
PM luang masa tinjau perjalanan KEB 2024
Perdana Menteri meluangkan masa meninjau perjalanan Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Pentakrifan kategori pendapatan B40, M40, T20 bukan gambaran realiti - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata isu ini sering dibangkitkan dalam sesi libat urus dan wajar diambil kira sama ada pentakrifan kategori ini masih lagi relevan ataupun tidak.
'Kongres Ekonomi Bumiputera tidak harus dipolemik' - Asyraf Wajdi
Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024) tidak harus dilihat sebagai salah satu langkah untuk menafikan hak bukan bumiputera.
Jawatankuasa Khas Gubal Undang-Undang Islam diharap perkasa Akta 355
Asyraf berkata, antara cadangan penting ialah untuk menaikkan had hukuman denda maksimum daripada RM5,000 kepada RM100,000.
Kampung Baru Cina: UMNO tolak cadangan Nga Kor Ming
Tegas Asyraf Wajdi, ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf hanya bumiputera sebagai penduduk asal dengan hak keistimewaan tertentu.
25 peratus tawaran MRSM ditolak setiap tahun, kekosongan diisi calon simpanan
Asyraf Wajdi berkata, jumlah itu berdasarkan rekod yang dikenal pasti sebelum ini.
Tak perlu bukan Islam dalam jawatankuasa khas kaji bidang kuasa Mahkamah Syariah - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi menegaskan tiada keperluan untuk pakar bukan Islam dilantik dalam jawatankuasa mengkaji bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.