awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Rusia, China kecam tindakan Israel langgar piagam PBB - Pembantu Kremlin
SUKAN
FAM perkenal projek 'Elite Games', fokus cungkil bakat pemain B-23
DUNIA
Turki tingkat kesiapsiagaan ketenteraan, perketat sempadan dengan Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

POLITICS

'Kalau nak saya berjaya dengan jilat perasuah, pilih Presiden lain' - Anwar

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
16/07/2022
06:30 MYT
'Kalau nak saya berjaya dengan jilat perasuah, pilih Presiden lain' - Anwar
Anwar berkata, oleh kerana berpegang kepada prinsip dan tidak berkompromi terhadap tuntutan tidak munasabah, dua kali beliau tidak meneruskan usaha menjadi Perdana Menteri. - Bernama
SHAH ALAM: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, beliau dua kali boleh menjadi Perdana Menteri, pertama pada tahun 1998 dan yang terbaharu pada tahun lepas.
Begitupun, oleh kerana berpegang kepada prinsip dan tidak berkompromi terhadap tuntutan tidak munasabah, dua kali beliau tidak meneruskan usaha tersebut.
Keadaan itu menyebabkan ada pihak melabelkannya sebagai gagal, termasuk anggota parti hanya kerana tidak menjadi Perdana Menteri.
"Untuk beri pengakuan yang saya akan menutup kes melibatkan tokoh-tokoh utama dalam UMNO-BN, saya jawab tak mungkin.
"Saya tak minta maaf (kepada mereka). Saya kata terima kasih, kita lawan dan hadapi dalam pilihan raya, Insya-Allah.
"Ada orang kata 'sudahlah, Anwar gagal'. Dengar sini, (jika) nak saya berjaya dengan menjilat perasuah, pilih presiden lain," katanya ketika berucap pada Kongres Keadilan Ke-16 di sini pada Sabtu.
Dalam ucapan sama, Anwar turut memberitahu beliau mendapat sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO pada tahun lepas selain sokongan 105 Ahli Parlimen pembangkang sedia ada.
Namun, beliau tidak meneruskan usaha menjadi Perdana Menteri pada saat akhir apabila beliau mendakwa beberapa pemimpin UMNO yang berdepan pertuduhan di mahkamah memintanya untuk menutup kes mereka.
"Pembangkang, terima kasih saya ucapkan, masih 'solid' 105 sokongan (Ahli Parlimen), kemudian dari UMNO ada 15. Kata Anthony Loke (Setiausaha Agung DAP), kita tolak dua sebab kluster mahkamah itu tak boleh diterima.
"Kita dapat majoriti tapi pada malam terakhir selepas saya kirim Akuan Bersumpah kepada Yang di-Pertuan Agong.
"Jadi kalau Yang di-Pertuan Agong pun mereka permainkan, apatah lagi rakyat jelata," ujarnya
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PKR
#Perdana Menteri
#Kongres Keadilan Ke-16
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami