Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan para peguam yang mewakili parti untuk memfailan rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyahbekukan sebahagian akaun UMNO.
Beliau yang kini menjalankan Tugas-Tugas Presiden berkata, wang itu penting untuk menampung perbelanjaan parti seperti urusan pembayaran gaji staf, penyewaan bangunan dan kos urusan pentadbiran yang lain.
βIa telah dikemukakan oleh Setiausaha Agung (Datuk Seri Tengku Adnan Mansor) kepada pihak SPRM dan kita harap SPRM memberikan pertimbangan sewajarnya kerana tentunya kita mahu supaya gaji, sewaan dan kos-kos pentadbiran lain dapat terus diberikan pertimbangan kerana ianya bukan digunakan untuk tujuan lain,β katanya di Dewan Perdana Bagan Datuk, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas selesai berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk serta Pemilihan Parti peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi bagi penggal 2018/21.
Sebelum ini media melaporkan, Pasukan Petugas Khas SPRM telah membekukan sejumlah akaun milik individu dan beberapa organisasi termasuk UMNO serta parti-parti politik lain, dipercayai bersangkutan dengan penyelewengan dana 1MDB.
Hari ini seramai 165,000 perwakilan dari 191 bahagian akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan tertinggi, termasuk Presiden, Timbalan Presiden dan tiga Naib presiden.
Firdaus Azil
Sat Jun 30 2018
Wang itu penting untuk menampung perbelanjaan parti seperti urusan pembayaran gaji staf, penyewaan bangunan dan kos urusan pentadbiran yang lain.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Ilhan Omar melawat peserta tunjuk perasaan
Wakil Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) Ilhan Omar mengadakan lawatan di kampus penyokong Pro Palestin di Universiti Columbia New York pada Khamis.
Dua lelaki didakwa jadi 'tali barut' kepada China
Dua lelaki yang mana salah seorangnya pernah bertugas di Parlimen United Kingdom (UK) enjalani proses perbicaraan di mahkamah London pada Jumaat selepas didakwa menjadi tali barut menyalurkan maklumat sulit kerajaan kepada negara tembok besar itu.
Polis serbu pejabat 'Save the Children' di Guatemala
Polis Guatemala melakukan serbuan mengejut ke atas pejabat-pejabat Pertubuhan Save the Children di pelbagai lokasi di negara itu. Ia bagi mencari bukti dakwaan pertubuhan yang memperjuangkan kebajikan kanak-kanak itu, terlibat dalam jenayah penderaan terhadap golongan itu.
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA β25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kami perlu wang itu untuk urusan pentadbiran, kata Zahid kepada SPRM
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkan peguam-peguam yang mewakili parti untuk memfailan rayuan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyahbekukan sebahagian akaun UMN
Khairy nafi dakwaan Pemuda UMNO mahu jatuhkan presiden parti
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin menafikan wujud gerakan dalam pergerakan itu yang mahu menjatuhkan presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak.