awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua pertahanan Jepun, AS sahkan pakatan dua hala tidak goyah
Terpedaya iklan hartanah? Pembeli ada enam tahun untuk ambil tindakan undang-undang
Kerajaan sokong titah Sultan Selangor bantah aktiviti LGBT
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keadilan Kedah perkukuh struktur organisasi, susun strategi hadapi cabaran politik

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
16/01/2026
05:00 MYT
Keadilan Kedah perkukuh struktur organisasi, susun strategi hadapi cabaran politik
Mesyuarat Bilangan 1/2026 MPN Keadilan Kedah berlangsung pada Khamis.
ALOR SETAR: Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah memperkenalkan beberapa langkah penambahbaikan struktur organisasi bagi mengukuhkan kesiapsiagaan parti menghadapi cabaran politik semasa dan mendatang.
Pengarah Komunikasi MPN Keadilan Kedah, Tunku Nashrul Abaidah, berkata penstrukturan semula itu melibatkan gabungan kepimpinan berpengalaman dan generasi baharu.
“Penstrukturan semula ini digerakkan melalui gabungan kepimpinan berpengalaman dan baharu yang progresif bagi memperkukuh kekuatan parti serta meluaskan sokongan akar umbi di seluruh negeri,” katanya dalam satu kenyataan pasca-Mesyuarat Bilangan 1/2026 MPN Keadilan Kedah yang berlangsung pada Khamis.
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah
Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kedah
Beliau berkata mesyuarat itu turut memberi fokus kepada penyediaan gerak kerja strategik untuk memenangi kembali kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah.
“Tumpuan turut diberikan kepada pengukuhan jentera pilihan raya dan pemantapan agenda kebajikan rakyat, selain memastikan pendekatan politik parti kekal matang, berprinsip dan berpaksikan kepentingan awam,” kata Tunku Nashrul.
Mengulas lanjut, beliau berkata Keadilan Kedah turut menekankan kepentingan menonjolkan kejayaan serta inisiatif Kerajaan MADANI yang memberi manfaat langsung kepada rakyat negeri itu dari segi ekonomi, kebajikan, pendidikan, infrastruktur dan kesejahteraan sosial.
“Usaha ini penting agar peranan dan sumbangan Kerajaan Persekutuan dapat difahami dengan lebih jelas oleh rakyat Kedah,” katanya.
Dalam masa sama, katanya Keadilan Kedah komited untuk menjalankan fungsi semak dan imbang secara bertanggungjawab di DUN Kedah.
Ini termasuk untuk terus memainkan peranan sebagai pembangkang yang bertanggungjawab melalui semak dan imbang yang konstruktif, berfakta dan berteraskan kepentingan rakyat.
Beliau berkata parti turut bertekad memastikan gerak kerja dijalankan secara lebih tersusun dan berkesan bagi memastikan Keadilan kekal relevan sebagai wadah perjuangan rakyat.
Topic Berkaitan
#Keadilan Kedah
#MPN Keadilan Kedah
#Tunku Nashrul Abaidah
#PKR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan