PUCHONG: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menafikan beliau mempermainkan Bersatu dan Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu membabitkan keahliannya dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Beliau berkata tindakan beliau menjadi ahli GRS adalah disebabkan sentimen dan aspirasi rakyat Sabah yang mahukan parti tempatan untuk memimpin negeri berkenaan.
"Pada masa sekarang sentimen rakyat di Sabah menginginkan supaya kita bergerak berteraskan kepada parti tempatan, itu agenda kita inginkan, sebab kita lihat landskap politik Malaysia pada hari ini, kita dapat memperjuangkan agenda Sabah dengan lebih efektif melalui gagasan tempatan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perjumpaan dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Rakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan melawat Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC) di sini hari ini.
Sabtu lepas, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi GRS berkata pemimpin Bersatu Sabah sebulat suara memutuskan untuk meninggalkan parti itu namun kekal di bawah gabungan GRS.
Armizan yang terlibat dalam mendraf perlembagaan GRS sebelum ini berkata perlembagaan gabungan itu mempunyai peruntukan berkaitan keahlian terus kepada individu dan kesatuan antara parti.
Sehubungan itu beliau mengulangi kenyataan bahawa dirinya adalah ahli langsung GRS dan bertanding serta menang atas tiket gabungan itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lepas.
Armizan yang juga Ahli Parlimen Papar berkata beliau telah memohon keahlian dalam GRS lebih awal, iaitu sebelum PRU15 dan ia diluluskan Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun pada Oktober lepas.
Ditanya mengapa beliau menyertai GRS sedangkan pada ketika itu beliau adalah ahli Bersatu, Armizan mendakwa Perlembagaan Persekutuan atau Akta Pertubuhan 1966 tidak pernah menghalang untuk seseorang menjadi ahli kepada beberapa parti politik.
"Kita kena faham hubungan unik kerjasama GRS dan Bersatu, di Sabah penubuhan GRS sendiri mendapat restu daripada Bersatu, keanggotaan Bersatu Sabah dalam GRS sebagai gabungan juga mendapat restu daripada Bersatu pada ketika itu.
Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan GRS sudah tentu saya ingin menjadi orang pertama menyertai sebagai ahli jadi saya fikir itulah jawapannya," katanya.
Sehingga kini, Armizan berkata beliau masih belum mendapat sebarang surat atau notis daripada Bersatu berhubung status keahliannya dalam parti itu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 15 2022
Sehingga kini, Armizan berkata beliau masih belum mendapat sebarang surat atau notis daripada Bersatu berhubung status keahliannya dalam parti itu. - Gambar fail
MFL diminta pertingkat kawalan keselamatan di stadium, tempat penginapan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) meminta Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) meningkatkan tahap keselamatan pemain ketika pergi dan pulang dari stadium.
Ballon d’Or berpotensi milik Vinicius - Carlo Ancelotti
Junior merakamkan persembahan menakjubkan untuk membantu Real Madrid memenangi trofi saingan LaLiga dan memburu Piala Liga Juara-juara Eropah keduanya.
Rebut takhta popular, YouTuber maut ditikam pesaing sewaktu bersiaran langsung
Insiden berlaku semasa Joddoltv bersiaran langsung ketika menghadiri perbicaraan di mahkamah membabitkan dia dan suspek.
Bas terbalik di Jawa Barat ragut 11 nyawa, puluhan cedera
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan puluhan cedera apabila bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik di jalan berbukit di Subang, Jawa Barat.
'Penentu kejuaraan EPL di tangan kami' - Guardiola
PEP Guardiola berkata penentuan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) berada di tangan mereka sendiri selepas kemenangan 4-0 ke atas Fulham pada Sabtu.
Jangan jadi seperti Abu Lahab dan jual nama Islam - Veteran UMNO
Mustapha menyeru pemimpin Perikatan Nasional (PN) untuk berhenti berperangai seperti Abu Lahab dan menjual nama Islam dan perpaduan Melayu.
Laluan utama Kampung Batu 3 Mambau runtuh selepas hujan lebat
Disebabkan kejadian itu, penduduk di kedua-dua kampung terpaksa menggunakan laluan jauh untuk ke mana-mana.
Raja Permaisuri Agong berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan
Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 di Ayer Keroh, Melaka.
Bantahan peserta Israel di final pertandingan Eurovision
Kumpulan yang membantah penyertaan Israel dalam Pertandingan nyanyian Eurovision telah dikepung oleh polis di Malmo pada Sabtu sebelum pertandingan itu.
Angka kematian rakyat Palestin hampir 35,000 orang ketika Israel terus bedil Gaza
Sekurang-kurangnya 34,971 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak Oktober lepas.
Peningkatan perdagangan borong, runcit bukti ekosistem ekonomi segar, progresif - Armizan
Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.
PRN Sabah: Tiada keperluan tanding DUN, fokus tugas menteri dan Ahli Parlimen - Armizan
Datuk Armizan Mohd Ali berkata tidak ada keperluan untuk beliau bertanding mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Papar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Minyak masak peket: Audit di peringkat akhir, ambil kira langkah penambahbaikan - Armizan
Proses audit turut membabitkan penilaian terhadap beberapa langkah penambahbaikan bagi memastikan subsidi sampai ke kumpulan sasaran.
Minyak sawit: Tiada tolak ansur terhadap produk terbabit kempen boikot - Armizan
KPDN akan menjalankan penguatkuasaan tegas terhadap mana-mana produk yang terbabit dengan kempen tersebut.
KPDN serbu premis jual produk berlabel 'No Palm Oil'
Kesemua produk aiskrim terbabit telah disita untuk siasatan lanjut dengan nilai rampasan berjumlah RM897.60.
Pengusaha stesen minyak berdepan ugutan diminta buat laporan polis - Saifuddin
Pengusaha stesen minyak yang menjadi mangsa ugutan sindiket penyeludupan bahan api bersubsidi digesa membuat laporan polis.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Armizan dedah ramai pemilik stesen minyak terima ugutan sindiket
Datuk Armizan Mohd Ali mendedahkan ramai pemilik stesen minyak diugut oleh sindiket sekiranya tidak membenarkan penjualan bahan api itu kepada kenderaan yang terlalu kerap mengisinya.
Pelaksanaan SKDS 2.0 bantu elak ketirisan, seludup diesel berterusan
Pelaksanaan Pelaksanaan Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi 2.0 (SKDS 2.0) bersama Industri Pengangkutan Barangan merupakan langkah dalam mewujudkan persekitaran kondusif bagi mengelak ketirisan.
Kajian penstabilan barang Sabah, Sarawak dan Labuan ambil enam bulan - Armizan
Pelaksanaan kajian penstabilan harga barang Sabah, Sarawak dan Labuan, dijangka berlangsung dalam tempoh enam bulan.