awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran tanah gambut: Bayi, warga emas antara mangsa dipindahkan ke PPS
Bomba akan guna helikopter padam kebakaran tanah gambut di Kota Tinggi
Rakan Muda jadi mekanisme perkasa jawatankuasa di masjid - KBS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kebanyakan calon MCA dikenal pasti untuk PRU14 muka baharu - Tiong Lai

Bernama
Bernama
02/02/2017
14:54 MYT
Kebanyakan calon MCA dikenal pasti untuk PRU14 muka baharu - Tiong Lai
TIONG LAI: Kebanyakan calon MCA yang telah dikenal pasti untuk PRU14 terdiri daripada muka baharu. - Gambar fail
Kebanyakan calon MCA yang telah dikenal pasti untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14) terdiri daripada muka baharu, kata Presiden parti Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata kesemua mereka telah diminta melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi untuk berkhidmat kepada rakyat dengan prestasi mereka akan dinilai dari semasa ke semasa untuk disenarai pendek sebagai calon.
"Kita telahpun kenal pasti calon-calon ini...sekarang kita hendak mereka melakukan gerak kerja di peringkat akar umbi, biar mereka berkhidmat, dan kita akan menilai prestasi mereka dari semasa ke semasa untuk senarai pendek calon tersebut sebagai calon dalam PRU14 nanti," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina bersama penduduk sekitar Taman Bukit Dinding di Karak, di sini, hari ini.
Liow yang juga Menteri Pengangkutan berkata beliau yakin mereka dapat memberikan khidmat terbaik memandangkan pemilihan calon itu berdasarkan keputusan parti selain kriteria disukai ramai dan boleh menang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Liow Tiong Lai
#MCA
#PRU14
#Tahun Baharu Cina
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan