awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
Majlis FIFA tidak merancang undi pemulihan pasukan Rusia - Laporan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kedudukan Presiden UMNO, Najib akan bincang dengan Zahid

Diyana Ibrahim
Diyana Ibrahim
23/10/2018
08:31 MYT
Kedudukan Presiden UMNO, Najib akan bincang dengan Zahid
Najib berkata beliau mengambil pendirian untuk tidak menyatakan pendiriannya secara umum dan memutuskan hal itu kepada pucuk pimpinan tertinggi. - Gambar fail
Ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau akan berbincang dengan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhubung kedudukan Zahid sebagai Presiden UMNO.
Bagaimanapun bekas perdana menteri itu berkata beliau tidak menyatakan pendiriannya secara umum dan membiarkan pucuk pimpinan tertinggi. parti memutuskan hal itu.
“Saya tidak ada dalam kepimpinan UMNO, patut perkara ini dihadapkan dalam kepimpinan UMNO.
“Saya tidak ada pendapat tapi saya akan bincang dengan Datuk Seri Zahid dalam hal ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai kedudukan Ahmad Zahid sebagai presiden susulan daripada 45 pertuduhan yang dihadapi membabitkan kes pecah amanah, pengubahan wang haram dan rasuah.
Sebelum ini Timbalan Presiden UMNO, Datuk Mohamad Hassan berkata Zahid perlu direhatkan daripada jawatannya.
Sementara itu Ahmad Zahid yang ditemui media hari ini enggan menjawab perkara sebaliknya mempertikaikan hak wartawan bertanyakan soalan.

Topic Berkaitan
#Mohamad Hassan
#Najib Razak
#Perdana Menteri
#presiden
#Rasuah
#UMNO
#Zahid Hamidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan