awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kelantan umum portfolio MB, TMB dan 9 Exco

Bernama
Bernama
17/05/2018
14:00 MYT
Kelantan umum portfolio MB, TMB dan 9 Exco
Datuk Ahmad Yakob memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan. - Astro AWANI
Kerajaan PAS Kelantan hari ini mengumumkan portfolio bagi menteri besar, timbalan menteri besar dan sembilan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) yang baharu.
Menurut kenyataan Pejabat Menteri Besar Kelantan, Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob memegang portfolio Pengerusi Jawatankuasa Tanah, Sumber Asli, Perancangan Ekonomi dan Kewangan manakala Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dilantik Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Pembangunan Wilayah, Kesejahteraan Rakyat dan Integriti.
Ahmad, wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan untuk penggal kedua di hadapan Pemangku Raja Kelantan Dr Tengku Muhammad Faiz Petra di Istana Kota Lama di sini pada 10 Mei lepas.
Mohd Amar yang menang DUN Panchor mengangkat sumpah jawatan bagi penggal kedua bersama sembilan lagi Exco juga di hadapan Pemangku Raja Kelantan semalam di istana sama.
Sebanyak lima bekas Exco pada penggal lalu dilantik semula manakala empat lagi adalah muka baharu.
Mereka yang dilantik semula ialah wakil rakyat DUN Temangan Datuk Mohamed Fadzli Hassan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Teknologi Maklumat), wakil DUN Meranti Datuk Mohd Nassuruddin Daud (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta).
Wakil rakyat di DUN Pengkalan Pasir Datuk Hanifa Ahmad (Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan), wakil DUN Kemahang Datuk Md Anizam Ab Rahman (Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan), dan wakil rakyat di DUN Demit Mumtaz Md Nawi (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita).
Empat muka baharu yang dilantik sebagai Exco ialah wakil DUN Selising Tuan Saripuddin Tuan Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar), wakil DUN Kadok Azami Mohd Nor (Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur dan Utiliti), wakil rakyat di DUN Kijang Dr Izani Husin (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan), dan wakil Pengkalan Kubor Wan Roslan Wan Hamat (Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 minggu lepas, PAS yang sudah 28 tahun memerintah negeri ini memenangi 37 daripada 45 kerusi DUN, BN (8), PKR (0), PSM (0) dan Bebas (0). -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Yakob
#Exco Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Pas Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan