awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Universiti di Ireland digesa perkenal semula ujian lisan tangani salah guna AI
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar BN: Perdana Menteri saran MIC pertimbang semula - Vigneswaran

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
16/11/2025
13:36 MYT
Keluar BN: Perdana Menteri saran MIC pertimbang semula - Vigneswaran
SA Vigneswaran (tengah) memberitahu, Ahmad Zahid Hamidi belum dimaklumkan mengenai perkara itu kerana beranggapan ia sebagai urusan dalaman parti. - Foto MIC
SHAH ALAM: Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran mengakui bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lalu berhubung hasrat untuk berpisah daripada Barisan Nasional (BN).
Dalam pertemuan itu, kata beliau, Anwar mencadangkan agar MIC mempertimbangkan semula perkara tersebut memandangkan kedua-duanya sudah lama menjadi rakan gabungan.
“Saya bercakap dengannya (Anwar), bukan untuk berunding mengenai kerusi tetapi untuk memberitahunya bahawa kami mahu keluar BN.
“Beliau menasihatkan saya untuk menilai semula kerana kami sudah lama bersama BN.
“Tapi kami tetap teguh menyokong Perdana Menteri untuk dua tahun lagi.
"Kami memberi jaminan akan menyokong beliau sepanjang penggal ini,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) ke-79 MIC di sini, pada Ahad.
Vigneswaran bagaimanapun memberitahu, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi belum dimaklumkan mengenai perkara itu kerana beranggapan ia sebagai urusan dalaman parti.
Dalam pada itu, ditanya mengenai status wakil rakyat MIC, beliau menjelaskan mereka akan kekal sebagai wakil BN kerana undang-undang antilompat parti tertakluk kepada individu yang melompat parti, bukannya parti politik yang menukar sokongan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#Barisan Nasional
#MIC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan