awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Alhamdulillah, Allahuakbar – Ucap Jojo selepas raih kemenangan kelapan
JKDM Pulau Pinang serbu stor ladang sawit proses minuman keras
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?

Fadilah Sulaiman
Fadilah Sulaiman
14/08/2022
04:52 MYT
Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?
See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu, Selasa depan.
KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB), Selasa depan.
Menurut sumber terdekat, Chee How dijangka menjelaskan tindakannya semasa sidang media tersebut.
Bagaimanapun, sumber itu tidak menyatakan masa dan lokasi sidang media tersebut.
Selain itu, usaha Astro AWANI untuk mendapatkan respons Chee How belum berjaya.
Terdahulu, Chee How memaklumkan melalui surat rasmi kepada Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar mengenai statusnya yang kini menjadi ahli Bebas.
BACA: See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Mohamad Asfia berkata, Chee How menghantar sepucuk surat kepadanya pada Jumaat (12 Ogos), memaklumkan peletakan jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta-merta tanpa menyatakan sebarang alasan.
Menurutnya, keputusan itu menjadikan PSB kini tinggal tiga kerusi, manakala DAP kekal dua, Gabungan Parti Sarawak (76 kerusi) dan Bebas (satu kerusi).
Topic Berkaitan
#See Chee How
#keluar Parti Sarawak Bersatu
#Pembangkang Sarawak
#DUN Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan