KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
Tindakan itu sekali gus mengurangkan kerusi pembangkang kepada lima kerusi.
Perkara itu diumumkan oleh Speaker DUN Sarawak Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nasar dalam sidang media khas di DUN Sarawak dekat sini pada Ahad.
“Pada hari Jumaat, 12 Ogos 2022 saya menerima sepucuk surat daripada YB See Chee How, ADUN kawasan N11 Batu Lintang. Dalam surat tersebut beliau menyatakan beliau telah meletak jawatan sebagai ahli PSB berkuat kuasa serta merta.
“Dengan peletakan jawatan beliau sebagai ahli PSB maka kedudukan keahlian parti-parti di DUN sarawak adalah seperti berikut; GPS 76 kerusi, PSB tiga kerusi, DAP dua kerusi, dan Bebas satu kerusi,” jelas Asfia.
Menurut Asfia, Chee How bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang alasan mengenai tindakannya keluar parti tersebut dan dalam masa sama menegaskan ADUN Batu Lintang itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas.
“YB See Chee How merupakan seorang yang peribadinya disenangi, cemerlang dan cekap. Beliau bijak dalam membentangkan pandangan dan pendapat di dewan. Beliau juga salah seorang ahli jawatankuasa perundingan dalam menasihati dewan mengenai MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).
“Saya doakan yang terbaik baginya dan saya yakin beliau boleh melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai ahli DUN dan menyumbang kepada kawasannya dan Sarawak secara amnya,” tambahnya.
Menurut Asfia, pihaknya akan mengambil tindakan menyusun semula kedudukan barisan pembangkang yang mana ahli bebas itu tidak akan duduk bersama pembangkang.
Dalam perkembangan berkaitan, Asfia berkata persidangan DUN Sarawak yang seterusnya akan dilakukan pada November depan iaitu selepas selesai pembentangan Belanjawan Malaysia.
Untuk rekod pada Pilihan Raya Negeri ke-12 Disember lalu, Chee How memenangi kerusi Batu Lintang dengan majoriti 93 undi dalam pertembungan lima penjuru melawan Sih Hua Tong (GPS), Cherishe Ng (PKR), Voon Lee Shan (PBK) dan Alex Leong (Aspirasi).
Sementara itu, Setiausaha Agung PSB George Lo ketika dihubungi berkata Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh akan mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.
Fadilah Sulaiman
Sun Aug 14 2022
![See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660447893_SeeCheeHow.jpg)
Chee How (gambar) bagaimanapun tidak mendedahkan sebarang alasan mengenai tindakannya keluar Parti Sarawak Bersatu (PSB).
![Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722059187_MuhammadAlifMonjan.jpg)
Anggota polis didakwa bunuh Nur Farah Kartini akan ditahan tugas - KPN
Anggota polis yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah akan dikenakan tindakan tahan kerja.
Tanah runtuh: Lebih 250 maut, Ethiopia berkabung tiga hari
Parlimen Habsyah mengumumkan tempoh berkabung tiga hari bermula hari in susulan tragedi tanah runtuh di selatan negara itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA). Memaklumkan lebih 257 mangsa jadi korban bencana yang berlaku di wilayah berpenduduk padat itu.
![KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722055391_moukprjterengganu.jpg)
KPRJ dan Terengganu Inc gabung daya, buka laluan projek transformatif
Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ) dan Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai memorandum persefahaman.
![Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722057242_tbFirefightersOreg.jpg)
Kebakaran besar hutan di Oregon bersaiz lebih separuh keluasan Rhode Island
Kebakaran hutan besar di negeri Oregon, telah merebak kira-kira 600 batu persegi (1,554 km persegi), yang saiznya melebihi separuh daripada keluasan tanah Rhode Island.
![Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi' Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721815858_dasarlaut.jpg)
Saintis temui bukti oksigen dihasilkan di dasar laut dalam oleh 'bateri semula jadi'
LAUT menjadi antara penghasil oksigen paling banyak di atmosfera. Selama ini saintis percaya oksigen ini dihasilkan oleh tumbuhan laut menerusi proses fotosintesis.
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
![Tiada PRK, Batu Lintang kekal milik Chee How - Speaker DUN Sarawak Tiada PRK, Batu Lintang kekal milik Chee How - Speaker DUN Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/81661153857_CheeHow.jpg)
Tiada PRK, Batu Lintang kekal milik Chee How - Speaker DUN Sarawak
Asfia menjelaskan, kuasa untuk melucutkan keahlian DUN melalui Perkara 17(7)(a) Perlembagaan Negeri Sarawak tidak terpakai kepada situasi Chee How.
![Chee How bergerak solo, tidak berniat sertai parti politik Chee How bergerak solo, tidak berniat sertai parti politik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/61660634023_CheeHow.jpg)
Chee How bergerak solo, tidak berniat sertai parti politik
Bagaimanapun Chee How sedia untuk bekerjasama dengan semua pihak demi kesejahteraan bersama terutama pengundi di kawasannya.
![Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan? Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660452858_SeeCheeHow.jpg)
Keluar PSB: See Chee How adakan sidang media Selasa depan?
See Chee How dijangka membuat sidang media berhubung keputusannya meletak jawatan sebagai ahli Parti Sarawak Bersatu (PSB), Selasa depan.
![See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660447893_SeeCheeHow.jpg)
See Chee How keluar PSB, pembangkang DUN Sarawak kini tinggal lima orang
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Lintang See Chee How sah meninggalkan Parti Sarawak Bersatu (PSB) berkuat kuasa Jumaat lalu menjadikan beliau satu-satunya ADUN bebas di Sarawak.
![Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/41607516865_AbangJoSarawakPetro.jpg)
Perjanjian Sarawak-Petronas: Biar masa tentukan, jangan pertikai keputusan - Abang Johari
Semua dilakukan demi kebaikan negeri Bumi Kenyalang, tiada niat lain.
![Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-05/51590818457_BaruBianPSB.jpg)
Baru Bian, Chee How pilih Parti Sarawak Bersatu
Baru Bian dan See Chee How sah memilih Parti Sarawak Bersatu (PSB) sebagai wadah politik baharu mereka selepas dipecat daripada PKR.
![PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528547464_SeeCheeHow.jpg)
PH tidak mungkiri janji 20 peratus royalti petroleum - PKR Sarawak
Naib Pengerusinya See Chee How berkata kerajaan persekutuan yang diterajui PH telahpun mengambil langkah pertama untuk menunaikan janji tersebut.
![Zuraida, Menteri Kabinet Pakatan Harapan pertama melawat Sarawak Zuraida, Menteri Kabinet Pakatan Harapan pertama melawat Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71527086007_zuraidakamarudin.jpg)
Zuraida, Menteri Kabinet Pakatan Harapan pertama melawat Sarawak
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba untuk lawatan kerja dua hari ke Sarawak - yang pertama oleh seorang menteri Persekutuan Pakatan Harapan (PH) selepas PRU14.
![Mavcom nafi uji pesawat peninjau JHS Mavcom nafi uji pesawat peninjau JHS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-05/71526363863_mavcom.jpg)
Mavcom nafi uji pesawat peninjau JHS
Mavcom tidak mempunyai sebarang komunikasi dengan Jabatan Hutan Sarawak dan tidak bertanggungjawab terhadap ujian teknikal pesawat seperti dinyatakan dalam laporan berita itu.
![Pembelian pesawat: PKR Sarawak buat laporan polis Pembelian pesawat: PKR Sarawak buat laporan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-06/81528547464_SeeCheeHow.jpg)
Pembelian pesawat: PKR Sarawak buat laporan polis
Naib Pengerusinya See Chee How membuat laporan itu di Balai Polis Bahagian Kuching di sini.