KUALA LUMPUR:Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini mengulangi gesaan agar satu undang-undang dapat digubal bagi menghalang polemik politik terus berlarutan dalam memastikan kestabilan politik di negara ini.
Menurut Presidennya, Muhammad Faisal Abdul Aziz, Akta Pelucutan Ahli Parlimen 2015 seperti yang digunakan di United Kingdom dilihat boleh dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada.
"ABIM mengetengahkan contoh The Recall of MPs Act 2015 di UK (Akta Pelucutan Ahli Parlimen) sebagai model, sekiranya undian petisyen untuk memaksa seseorang ahli Parlimen meletakkan jawatan mencapai kadar jumlah tertentu yang ditetapkan, maka seseorang Ahli Parlimen wajib letak jawatan dan Pilihan Raya Kecil bakal diadakan.
"ABIM menegaskan perebutan kuasa yang berlaku berpunca dari pengkhianatan mandat rakyat terutama ketika berlakunya "Langkah Sheraton" yang jelas menampakkan bahawa suara rakyat yang diterjemahkan menerusi pilihan raya umum telah dipijak dan diperlekeh oleh mereka yang mementingkan survival kekuasaan semata-mata," katanya dalam kenyataan media pada Ahad.
Justeru ABIM ujarnya berpendapat seluruh ahli politik seharusnya bertanggungjawab atas kestabilan politik yang berlaku sebagai komitmen mengutamakan kepentingan rakyat.
"Mengambil inisiatif bersama untuk menggubal undang-undang bagi menghalang gejala mempermain mandat rakyat daripada berulang kembali. Ini termasuklah menggubal dan meminda undang-undang untuk memberi kuasa kepada pengundi di sesuatu kawasan untuk melucutkan Ahli Parlimen.
"Menerusi mekanisme tertentu seperti petisyen dan pungutan suara atau mana-mana mekanisme bersesuaian sekiranya Ahli Parlimen gagal menghormati mandat yang diberikan menerusi pilihan raya atau terlibat dengan sebarang perlakuan yang melanggar undang-undang negara," katanya.
Saranan itu jelas Muhammad Faisal setidaknya akan memberi kuasa yang lebih besar kepada rakyat untuk berperanan bagi mengelakkan permainan mandat rakyat kembali berulang.
Fareez Azman
Sun Oct 18 2020

Muhammad Faisal berpendapat Akta Pelucutan Ahli Parlimen 2015 seperti yang digunakan di United Kingdom dilihat boleh dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA

Tiada kompromi dalam membawa mereka yang terlibat dalam skandal 1MDB ke muka pengadilan - Tengku Zafrul
Kerajaan tidak pernah berkompromi dalam menegakkan keadilan dan memastikan individu yang terlibat dalam skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) terus didakwa di mahkamah.

JAS arah dua kilang kitar semula plastik henti operasi kerana pencemaran
Salah sebuah kilang berkenaan menjalankan operasi kitar semula sisa plastik tanpa kelulusan laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).

Impak COVID-19: Khazanah tingkat rosot nilai kepada RM6 bilion
Ia peningkatan lebih RM1 bilion berbanding RM4.9 bilion pada tahun sebelumnya disebabkan susulan kesan pandemik COVID-19.

Kalau sedih... tangis dan doalah ubatnya - Ebit Lew
Kata pendakwah bebas, Ebit Lew, hanya Tuhan tempat mengadu yang terbaik tatkala jiwa dan raga berada dalam kelukaan yang dalam.

Misteri titisan darah dari siling terjawab
Misteri titisan darah menitis dari atas siling bilik setor milik seorang penghuni tingkat tiga flat perumahan, akhirnya membongkar rahsia dengan penemuan mayat seorang lelaki yang mulai mereput.

Tiga ditahan guna gelaran 'Datuk' dan 'Datin' palsu
Kesemua mereka ditahan di Bangi, Selangor pada 30 Januari lalu bagi membantu siasatan menurut Seksyen 12(2) akta itu.

Perbicaraan Ahmad Zahid: RM6 juta 'upah' sokong DTSB sebagai pembekal cip pasport - Saksi
Kedua-dua cek berkenaan diserahkan Pengarah DTSB Chew Ben Ben kepada Ahmad Zahid di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri, Putrajaya

Kesemua 82 ADUN di Sarawak akan terima suntikan vaksin Phizer BioNTech
Kesemua ADUN akan menerima suntikan vaksin secara berperingkat bergantung kepada pelaksaan program tersebut di bahagian masing-masing.

Madius Tangau cabar Anwar tubuhkan Kabinet bayangan
Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata pihak pembangkang tidak boleh lagi melengahkan masa dan perlu bertindak pantas sebelum terlambat.

Keuntungan Khazanah susut kepada RM2.9 bilion
Khazanah memaklumkan syarikat pelaburan kerajaan itu meraih hasil pelupusan yang lebih rendah pada tahun 2020 iaitu RM2.7 bilion berbanding RM9.9 bilion pada tahun 2019.

Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.

ABIM gesa ICC ambil tindakan undang-undang ke atas Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk menguatkuasakan Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2334 dengan memulakan tindaka

Misi bantuan di Sabah mencabar kerana PKPD
Ia bagaimanapun tidak melunturkan semangat badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk menghulurkan bantuan.

Belanjawan 2021: Lanjutkan moratorium bantu ringankan hutang rakyat
Kerajaan dicadang melanjutkan tempoh moratorium dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan Jumaat ini bagi meringankan beban individu dan perniagaan yang terjejas, sehingga tidak mampu membayar bali

Kemelut Politik: ABIM gesa agar Akta Pelucutan Ahli Parlimen digubal
Akta Pelucutan Ahli Parlimen 2015 seperti yang digunakan di United Kingdom dilihat boleh dijadikan sebagai contoh terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada.

Malaysia tolak Pelan Damai Israel-Palestin yang 'berat sebelah' - NGO
11 Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengutuk keras Pelan Damai Israel-Palestin aturan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kerana tidak masuk akal dan mencabul hak Palestin.

Penjualan, promosi arak tanpa alkohol secara terbuka perlu dihentikan
Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim berkata penjualan minuman seumpama itu juga tidak sesuai dibuat secara terbuka, demi menjamin kemaslahatan seluruh masyarakat.

Perhimpunan Solidariti Kedamaian bukan sekadar respons tragedi Christchurch
Perhimpunan itu pada masa sama perlu menunjukkan kemahuan rakyat Malaysia yang mementingkan penyatuan masyarakat dan mengekalkan perpaduan sedia ada.

Selain hukuman tegas, penghina agama perlu jalani sesi kaunseling - ABIM
Angkatan Belia Malaysia (ABIM) mencadangkan khidmat kaunseling dan nasihat oleh golongan pakar yang dilantik pihak berkuasa perlu diberikan kepada pesalah penghina agama selain hukuman undang-undang.

ABIM kecam tindakan zalim Israel ke atas peserta 'Great March of Return'
Presidennya Mohamad Raimi Ab. Rahim berkata serangan kejam tersebut telah menyebabkan lima orang terkorban dan 232 yang lain cedera akibat tembakan peluru hidup selain tembakan gas pemedih mata.