Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor adalah hasil keberkesanan jentera pilihan raya BN selain latar belakang calon yang baik.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kemenangan itu juga agak mengejutkan kerana BN memperoleh majoriti undi yang lebih besar berbanding pada pilihan raya umum ke-13.
"Kemenangan BN ini sesuatu yang luar biasa dan antara faktornya adalah keberkesanan jentera BN, latar belakang calon yang baik dan isu-isu seperti royalti minyak yang berjaya ditangkis dengan baik.
"Antara lain kerana masalah dalaman Pakatan Rakyat yang menyebabkan ada antara pengundi yang bosan dan tidak mahu memilih mereka," katanya kepada pemberita selepas pengumuman kemenangan calon BN, Mat Razi Mat Ail di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Biji Wangsa di sini, pada malam Khamis.
Pada PRK itu Mat Razi memperoleh 9,981 undi dan calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim mendapat 7,326 undi manakala calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary hanya menerima 38 undi.
BN menang dengan majoriti 2,635 undi berbanding kemenangan BN pada pilihan raya umum lalu iaitu 1,736 undi.
PRK itu diadakan berikutan kematian bekas penyandangnya daripada BN, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia pada 20 Ogos lalu.
Muhyiddin berkata kemenangan BN itu telah pun dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang kini berada di New York.
"Perdana Menteri telah pun mengucap tahniah kepada seluruh jentera BN dan juga kepada calon BN Ustaz Mat Razi atas kemenangan itu," katanya.
Beliau berkata BN mengucapkan terima kasih kepada semua pemilih di Pengkalan Kubor dan mendapati BN hanya kalah di tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) daripada 12 PDM tetapi majoriti kekalahan itu sangat kecil berbanding pada PRU lepas.
Timbalan Perdana Menteri berkata kemenangan itu juga adalah hasil peranan Pengarah Jentera BN pada PRK itu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dapat mematahkan serangan PAS dalam isu seperti royalti petroleum.
Muhyiddin berkata sebagai memenuhi janji, BN akan melakukan yang terbaik bagi DUN itu melalui Mat Razi dan akan menunaikan segala janji yang diumumkan pada PRK itu seperti peningkatan infrastruktur.
Katanya kemenangan BN di DUN itu disifatkan sebagai pemangkin kepada hasrat yang lebih besar untuk merampas Kelantan keseluruhannya daripada PAS pada masa akan datang.
"Kemenangan ini sangat besar ertinya kepada BN dan semuanya adalah bermula di Pengkalan Kubor ini," katanya.
Muhyiddin juga meminta wakil rakyat yang baharu itu dapat memberikan khidmat bakti sepenuhnya kepada pengundi di DUN berkenaan tanpa mengira kaum, agama dan perbezaan fahaman politik.
"Jagalah amanah ini dengan baik dan turunlah bertemu rakyat mulai esok serta berilah khidmat bakti dengan cemerlang," katanya.
Bernama
Thu Sep 25 2014
MUHYIDDIN: Kemenangan BN bukti keberkesanan jentera. -Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Ratusan peguam berhimpun, serah memorandum tuntut badan kehakiman bebas
Ratusan peguam berhimpun menyertai Perhimpunan Untuk Kebebasan Badan Kehakiman anjuran Badan Peguam Malaysia pada Jumaat.
PRN Sarawak: Keanggotaan tiga ahli Bersatu tanding atas tiket bebas gugur secara automatik
Mereka ialah Siki Balarik di kerusi DUN Belaga, Ricky Enteri (DUN Bawang Assan) dan Ismawi Muhammad (DUN Muara Tuang).
"Saya bersama Pakatan Harapan" - Maszlee Malik
Maszlee berkata, beliau masih Ahli Parlimen Bebas, biarpun tular gambarnya menyertai sidang mesyuarat video bersama Ahli-ahli Parlimen PKR.
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas untuk tujuan komersial - Ismail Sabri
Perairan Laut China Selatan perlu kekal bebas dan selamat untuk tujuan komersial tanpa sebarang aktiviti ketenteraan atau dijadikan sebagai medan konflik persaingan kuasa-kuasa besar.
Maszlee Malik umum tarik diri daripada Pejuang
Maszlee Malik umum tarik diri daripada parti Pejuang, ikrar teruskan usaha dalam gerakan perubahan pendidikan melalui kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Bebas.
Osman Sapian masih ahli Bersatu - Setiausaha Agung
Osman hanya akan dipanggil untuk menjawab tuduhan berhubung dakwaan membantu kempen calon Bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim baru-baru ini.
13 banduan penjara seumur hidup dikurnia pengampunan Yang di-Pertuan Agong
Hari Kemerdekaan ke-63 amat bermakna buat 13 banduan yang dipenjarakan seumur hidup pada 2001 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur apabila dibebaskan atas pengampunan Yang Di-pertuan Agong
Slim Memilih: Tun M pesan calon jangan 'lompat' kerana duit
Bekas Perdana Menteri itu menitipkan pesanan kepada Amir Khusyairi agar tidak 'menjual diri' kerana wang.
Slim Memilih: Penduduk Orang Asli harap jambatan 'usang' dibaik pulih
Jambatan yang menghubungkan kampung Changkat Ramu dan Buloh Seruas itu digunakan penduduk setempat sejak tahun 1980-an lagi.
Chini Memilih: SPR keluarkan 156 kertas undi pos - Pengerusi SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengeluarkan 156 kertas undi pos bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini pada Ahad.