KENYATAAN Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad selaku Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang mengajak semua parti politik Melayu bergabung di bawah satu parti demi memastikan orang Melayu menjadi kuat dan tidak berpecah belah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat Malaysia.
Antaranya, apakah seruan Pengerusi Bersatu itu menunjukkan kebimbangan beliau terhadap kemuafakatan UMNO-Pas atas prinsip taawun yang dijangka mengancam peluang kemenangan Pakatan Harapan (PH) pada masa akan datang?
Selain itu, apakah seruan Dr. Mahathir itu respons kepada penemuan kajian Merdeka Centre yang dijalankan baru-baru ini?
Kajian pendapat awam yang dijalankan oleh Merdeka Centre baru-baru ini dalam kalangan 1,204 pengundi mewakili pelbagai kaum iaitu responden yang mewakili pengundi Melayu (52 peratus), Cina (29 peratus), India (7 peratus), mendapati populariti kerajaan PH telah merosot daripada 79 peratus pada bulan Mei 2018 kepada 39 peratus pada Mac 2019.
Sementara kadar populariti Dr. Mahathir juga turut menyusut daripada 71 peratus pada tahun 2018 kepada 46 peratus pada awal 2019.
Pada masa yang sama, hampir 46 peratus responden merentasi kaum menzahirkan perasaan tidak puas hati terhadap cara PH mentadbir kerajaan.
Parti keramat
Dalam pada itu, memandangkan UMNO mempunyai lebih 3.64 juta ahli meliputi 191 bahagian dan 21,851 cawangan di seluruh negara, maka tidaklah keterlaluan sekiranya menyatakan bahawa UMNO adalah parti terbesar di Malaysia yang mewakili orang Melayu.
UMNO ditubuhkan pada tahun 1946 (11 Mei 1946) mewakili kepentingan kaum Melayu. Malah, sejarah menunjukkan bahawa UMNO adalah antara parti politik tertua bukan sahaja di Malaysia bahkan di Asia.
UMNO juga merupakan parti keramat orang Melayu yang bertanggungjawab berjuang menentang gagasan Malayan Union untuk menabalkan Islam sebagai agama Persekutuan dan memahkotakan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Malah, UMNO juga bertanggungjawab meletakkan hak-hak keistimewaan orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Lebih-lebih lagi hampir semua parti-parti Melayu lain yang mengakui mewakili orang Melayu seperti Semangat 46, PKR dan Bersatu adalah parti-parti politik yang ditubuhkan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang keluar dari UMNO.
Malah, parti Pas juga dilaporkan diasaskan oleh pemimpin-pemimpin UMNO yang mewakili sayap agama UMNO.
Melayu pecah pada tahun 1987 dan kesannya tertubuhlah Semangat 46. Melayu pecah lagi pada tahun 1998 dan kesannya tertubuh PKR. Kemudian Melayu pecah sekali lagi pada tahun 2017 dan kesannya tertubuh Bersatu.
Perlu juga ditanya, siapakah punca perpecahan perpaduan Melayu?
Dalam hal ini, MCA dan MIC yang menjadi rakan setia kepada UMNO dalam mengorak langkah mencapai kemerdekaan negara ini juga mengalami nasib yang sama seperti UMNO.
MIC yang ditubuhkan pada pada tahun 1946 (4 Ogos 1946) mewakili kepentingan kaum India dan MCA yang ditubuhkan pada tahun 1949 (27 Februari 1949) mewakili kaum Cina juga tidak terlepas daripada fenomena perpecahan dalam parti di mana pemimpin yang kecewa keluar parti dan menubuhkan parti serpihan masing-masing.
Umpamanya, parti Gerakan ditubuhkan oleh bekas pemimpin MCA yang keluar parti MCA, manakala, IPF ditubuhkan oleh bekas Pemimpin MIC yang keluar daripada parti MIC.
Meskipun sebahagian besar masyarakat Cina dan India menolak MCA dan MIC pada PRU13 dan 14, namun atas sebab-sebab tertentu, MIC dan MCA berjaya mengatasi pelbagai ancaman dan cabaran dari dalam dan luar dari semasa ke semasa dan terus kekal dalam arena politik Malaysia.
Dalam pada itu, pimpinan UMNO, MCA dan MIC didapati saling berganti mengikut peredaran masa. Malah, kepimpinan ketiga-tiga parti tersebut didapati menyesuaikan dirinya bersandarkan perkembangan geo-politik semasa dalam mencapai visi dan misi penubuhan parti masing-masing.
Lebih progresif
Dalam konteks ini, kepimpinan semasa UMNO dilihat lebih progresif kerana tampil di hadapan untuk menjalinkan kerjasama politik taawun dengan Pas, sebuah parti politik yang mewakili sebahagian besar umat Islam dalam membela orang Melayu dan Islam.
Manakala, MIC pula turut mengikuti langkah UMNO dalam usaha menjalinkan hubungan dan kerjasama dengan Pas demi ketrampilan masa depan MIC, sekali gus Barisan Nasional (BN).
Kerjasama politik MIC-Pas yang diusahakan oleh Presiden MIC, Tan Sri SA.Vigneswaran dijangka menguatkan MIC bagi mengembalikan kegemilangan prestasi parti MIC sendiri dalam PRU akan datang.
Justeru, sebahagian besar orang Melayu melihat langkah mengajak parti-parti yang mewakili orang Melayu menyertai Bersatu sebagai tindakan terdesak malah janggal daripada pihak Pengerusi Bersatu.
Di sebaliknya, pemimpin dan ahli-ahli UMNO menzahirkan pendirian mereka dengan nyata bahawa mereka akan terus bersama UMNO-Pas kerana kemuafakatan UMNO-Pas akan melestarikan kekuatan politik orang Melayu pada masa akan datang.
Sehubungan itu, sebahagian besar masyarakat India berharap dan menyokong kemuafakatan UMNO-Pas dan MIC sekali gus BN supaya stabiliti politik Malaysia dapat dipulihkan.
Ia akan dipulihkan dalam satu piagam inklusif supaya keamanan, kebahagiaan dan kesejahteraan hidup seluruh warga Malaysia terus terjamin.
* Datuk M. Periasamy merupakan seorang penganalisis politik, budaya dan tamadun India.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Mon Jul 08 2019
Sebahagian besar masyarakat India berharap dan menyokong kemuafakatan UMNO-Pas dan MIC sekali gus BN supaya stabiliti politik Malaysia dapat dipulihkan. - Gambar fail
DUN lama Sarawak jadi pusat seni ala Royal Albert Hall London
Sarawak memperuntukan RM250 juta untuk mengubah siuai bangunan DUN lama kepada pusat seni bertaraf dunia.
Enam lelaki ditahan bersama 2kg dadah bernilai RM120,000
Enam lelaki berusia antara 20 hingga 40 tahun ditahan bersama dua kilogram dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Indera Sabah, Tawau pada Rabu.
Pengumuman kenaikan gaji suntik semangat, ringankan beban
Penjawat awam di sekitar Kota Kinabalu menyifatkan pengumuman kenaikan gaji oleh Perdana Menteri sebagai sesuatu yang amat dinanti-nantikan dan membantu meringankan beban kewangan mereka.
Sarawak angkat inisiatif ke pentas global
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau akan menghadiri pelbagai forum di peringkat serantau dan global, bagi memastikan mesej ini dapat dijayakan.
Tiga RUU akan dibentang di DUN Sarawak
Kerajaan negeri Sarawak akan membentangkan tiga RUU berkaitan perhutanan, pelabuhan dan SUKMA 2024 akan dibentang pada sidang DUN Sarawak pada 6 Mei depan.
LPPB Sabah terima 50,000 permohonan
Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) Sabah menerima kira-kira 50 ribu permohonan Rumah Mesra Rakyat (RMR).
Mahkamah tolak permohonan waran tangkap terhadap saksi kes Guan Eng
Mahkamah Sesyen menolak permohonan pembelaan agar waran tangkap dikeluarkan terhadap seorang saksi utama pendakwaan dalam perbicaraan kes bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
Konsert 'AR Rahman Live in Kuala Lumpur 2024' di SNBJ 27 Julai ini
Selepas lebih setahun, AR Rahman, kembali ke Malaysia untuk mengubat rindu peminat pada 27 Julai ini.
Pantau Agenda Reformasi: Gaji progresif & potensi anak muda
Kita bersama Dr Mohd Fauzi Fadzil, Exco Majlis Belia Malaysia bagi pernciannya,
Kes 1MDB: Siasatan SPRM dapati Najib lakukan kesalahan salah guna kuasa - Saksi
Siasatan SPRM mendapati elemen salah guna kuasa untuk dapatkan rasuah itu dikesan sewaktu pemeteraian perjanjian bersama Aabar PJS.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.