awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM syor 20 langkah perkukuh tatakelola DBKL
[TERKINI] Ahmad Zahid mohon bebas 47 pertuduhan berkaitan dana Yayasan Akalbudi
Konsert Inteam Nur Kasih 25 tahun, menyusuri kenangan bersama peminat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa PRU15 tak wajar diadakan segera? Ini jawapan Naib Presiden Bersatu

Israr Khalid
Israr Khalid
08/09/2022
20:40 MYT
Kenapa PRU15 tak wajar diadakan segera? Ini jawapan Naib Presiden Bersatu
Datuk Rafiq Naizamohideen berkata kalau kita adakan PRU dan kemudian ada lagi PRN, ianya memberi satu tambahan kos pengurusan ketika kita tahu rakyat tengah susah - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Naib Presiden Bersatu, Datuk Rafiq Naizamohideen bertegas bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tidak wajar diadakan dalam masa terdekat atas dua faktor utama.
Pertama, katanya beberapa kerajaan negeri telah menyatakan pendirian untuk tidak ikut sama sekiranya kerajaan pusat membubarkan Parlimen lebih awal.
Menurut Rafiq, keadaan ini dilihat akan meningkatkan kos penganjuran pilihan raya yang mungkin dibuat secara berasingan memandangkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) tidak dibuat serentak.
“Contohnya kita lihat Pas sudah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tak akan terikut-ikut rentak sekiranya kerajaan pusat terbubar.
“Komplikasinya, kalau kita adakan PRU dan kemudian ada lagi Pilihan Raya Negeri (PRN), ianya memberi satu tambahan kos pengurusan ketika kita tahu rakyat tengah susah tapi kita (ahli politik) nak bebelanja lebih.
“Kenapa tak boleh tunggu beberapa bulan sahaja lagi? Kalau berlaku PRU dan PRN bersekali, jumlah wang yang dapat dijimatkan itu lebih besar," jelasnya.
Kedua, katanya bulan-bulan penghujung tahun ini ramai sedia tahu bahawa musim tengkujuh akan melanda.
Tegas Rafiq, sepatutnya tumpuan semua pimpinan ketika ini adalah untuk mempersiapkan negara berdepan sebarang kemungkinan musibah ketika berlaku perubahan musim ketika dunia sedang mengalami krisis iklim yang menyebabkan cuaca menjadi sangat tidak terduga.
“Jabatan Meteorologi telah memperlihatkan bahawa hingga November kita akan ada satu perubahan cuaca yang akan memberi kesan kepada banjir.
“Sepatutnya hari ini kita kena beri tumpuan merangka strategi untuk pastikan jangan berlaku lagi senario seperti sebelum ini di mana ramai rakyat tak mendapat pembelaan sewajarnya," ujarnya lagi.
Tonton sesi penuh Dialog Bipartisan: Mengintai PRU15 dihoskan oleh Luqman Hariz, di sini:
Topic Berkaitan
#PRU15
#Dialog Bipartisan
#Naib Presiden Bersatu
#pilhan raya umum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan