KUALA LUMPUR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendakwa, kerosakan reputasi Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor bukan disebabkan kenyataan Menteri Dalam Negeri itu, sebaliknya berpunca daripada penyelewengan pentadbiran Menteri Besar (MB) dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu sendiri.
Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) itu berkata demikian bagi menjawab kes saman fitnah oleh Sanusi selaku plaintif berhubung dakwaan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) yang difailkan melalui Tetuan Nav & Co di Mahkamah Tinggi Alor Setar, Kedah pada Khamis lalu.
Menerusi penyataan pembelaan, Saifuddin sebagai defendan berkata, kerosakan reputasi berkenaan berlaku termasuk selepas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dikenakan tindakan undang-undang berhubung pertuduhan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Menurutnya, perkara itu menunjukkan Sanusi mungkin dianggap seorang pemimpin yang lemah dan tidak mempunyai kualiti kepimpinan mantap seperti yang diperlukan untuk mentadbir sesebuah negeri dengan berkesan.
Pada 3 Ogos lalu, Sanusi mengemukakan saman dengan mendakwa Saifuddin telah memfitnahnya mencuri REE di Kedah.
Sanusi yang memfailkan writ saman dan pernyataan tuntutan melalui firma guaman Tetuan Faizi & Associates di Mahkamah Tinggi Alor Setar turut mendakwa pemimpin PH itu memfitnahnya menggunakan peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris).
Susulan kenyataan fitnah itu, Sanusi mendakwa, reputasinya sebagai seorang pemimpin politik telah tercalar malah dipandang serong oleh Masyarakat dan ahli politik.
Bagaimanapun, Saifuddin berkata, tiada niat jahat dibuat mahupun dendam atau usaha untuk mencemarkan reputasi Sanusi.
Ia terbukti apabila katanya, pemimpin Pas ini tidak mengalami sebarang kerugian dan kerosakan, terhadap reputasinya.
"Ini terbukti dengan kejayaan Sanusi mengekalkan kerusi di DUN Jeneri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah lalu, dengan majoriti lebih 16,000 undi.
“Beliau juga telah mengangkat sumpah semula sebagai MB Kedah (dengan menguasai lapan portfolio dalam majlis Exco kerajaan negeri) dan mengekalkan jawatan Pengerusi MBI Kedah," katanya.
Sehubungan itu, Saifuddin berkata, kenyataannya bukan berbentuk fitnah sebalik komen yang adil, mengenai isu berkepentingan awam.
Sementara itu, menerusi pernyataan tuntutan saman, Sanusi berkata, Saifuddin membuat kenyataan fitnah ketika ceramah program Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera Perpaduan Kedah, di Padang Awam, Guar Chempedak, Yan, pada 8.30 malam, 15 Julai lalu.
Ia bagi kempen politik PH dan Barisan Nasional menjelang PRN Kedah, pada 12 Ogos lalu.
Dalam ceramah itu, Sanusi mendakwa Saifuddin mengeluarkan kata-kata fitnah yang menuduhnya selaku Menteri Besar dan MBI mencuri REE di Kampung Chong, Sik yang mendapat liputan luas media. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Sep 19 2023

Saifuddin (kanan) mendakwa kerosakan reputasi Muhammad Sanusi (kiri) berpunca daripada penyelewengan pentadbiran MB dan Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah itu sendiri.

Mangsa banjir di Pasir Mas berkurangan pagi ini
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 1,495 orang daripada 502 keluarga setakat 9 pagi ini.
Niaga AWANI: KUSKOP: Memperkukuh ekosistem keusahawanan negara
Timbalan Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil, KUSKOP, Wan Ahmad Hilman Wan Adam berkongsi tarikan menarik yang ada di reruai KUSKOP serta bagaimana usahawan dapat menerima manfaat menerusi pelbagai inisiaitf yang dilaksana.

Zambry mahu terus "merakyatkan" Wisma Putra, polisi luar negara
Menteri Luar menyasarkan untuk terus "merakyatkan" Wisma Putra dalam usaha menghebahkan kepentingan polisi luar negara kepada umum dan global.
Niaga AWANI: Setahun Kerajaan Madani: Menyantuni rakyat & mencari keseimbangan fiskal
Pengarah Kanan, Bahagian Ekonomi dan Kewangan, Pejabat Perdana Menteri, Nurhisham Hussein berkongsi pandangan beliau berkenaan usaha kerajaan menyantuni rakyat pada masa sama mencari keseimbangan fiskal.

Polis mohon bantuan kesan remaja lelaki hilang di Cheras
Muhammad Daniel Akmal Zulkhair kali terakhir dilihat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, jam 12.30 tengah hari Khamis.
AWANI Ringkas: Mangsa berkurangan ke 1,495 orang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Piala Malaysia: Lebih 4,000 penyokong JDT ke Stadium Nasional Bukit Jalil
Kira-kira 109 bas dari Johor berlepas ke Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini, untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC (TFC), malam ini.

Penilaian ancaman penculikan di Laut Sulu-Sulawesi tunjuk trend positif - ESSCOM
Penilaian ancaman penculikan kru untuk tebusan di Laut Sulu-Sulawesi pada ketika ini menunjukkan petanda positif.
AWANI Pagi: Amalan Lestari dan Tenaga Boleh Diperbaharui Dalam Kehidupan
Bersama dua pakar dari UMPSA, Prof Madya Ts Dr. Herma Dina Setiabudi dan Ts. Mohd Nurul Akla Mohd Azlan mengenai bagaimana mengadaptasi amalan lestari dan memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui (RE) dalam kehidupan seharian.
#AWANInews #AWANIpagi
#AWANInews #AWANIpagi

'Tidak sangka Zayn dibunuh, mahu pelaku diberkas' - Penduduk
Penduduk sifatkan kes adik Zayn Rayyan Abdul Matiin sebagai tragedi hitam.

Tiada bilik VIP dalam penjara - Saifuddin
Tiada bilik khas untuk banduan orang kenamaan (VIP) di Penjara Sungai Buloh atau mana-mana penjara di seluruh negara.

PRK Kemaman: Kemenangan Pas bukan isyarat penolakan Kerajaan Perpaduan - Saifuddin
Saifuddin berkata Kemaman sememangnya sebelum ini disandang oleh calon Perikatan Nasional

Liberalisasi visa China, India: KDN tidak kompromi keselamatan negara - Saifuddin
Kementerian telah ambil langkah persediaan, termasuk keperluan pelancong untuk mengisi kad digital dalam tempoh tiga hari sebelum ketibaan.

KDN akan segerakan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan kewarganegaraan
Pada masa ini proses itu telah melepasi sesi perbincangan di peringkat Jemaah Menteri serta dipersembahkan kepada Majlis Raja-Raja.

Ahli PKR terhiris hati dengan pimpinan tertinggi - Saifuddin
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengakui ada ahli akar umbi yang terhiris hati dengan tindakan pimpinan tertinggi kerana jarang turun padang menemui rakyat.

'Zaman PN konsert setiap minggu' - Saifuddin
Dakwaan kononnya kerajaan tidak sensitif dengan situasi semasa di Palestin apabila membenarkan penganjuran konsert Coldplay di Stadium Nasional Bukit Jalil minggu lalu disifatkan tidak adil.

KDN kaji pinda Akta Kawasan Larangan, Tempat Larangan - Menteri
Cadangan itu berikutan Akta 298 belum pernah dipinda sejak diwujudkan pada 1959 dan dianggap sudah tidak relevan dengan keadaan semasa.

Sirul Azhar boleh mohon semakan sabitan hukuman mati - Saifuddin Nasution
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, proses ekstradisi boleh dilakukan sekiranya sabitan hukuman mati berubah kepada hukuman lain seperti penjara sepanjang hayat.

Kes saman fitnah selesai, Zuraida mohon maaf kepada Saifuddin Nasution
Kes saman fitnah oleh Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail terhadap Datuk Zuraida Kamaruddin selesai apabila bekas Naib Presiden PKR itu membuat permohonan maaf secara terbuka.

Habuan, ugutan sokong PM: Tiada satu pun laporan polis, SPRM dibuat - Saifuddin
Sekiranya terdapat laporan berkaitan isu tersebut, kerajaan akan bertindak secara profesional bagi menguruskan laporan itu.