Bangsa Johor perlu bersikap rasional dalam menilai sebarang pendapat yang menyentuh hal politik negara, kata Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin.

Katanya pendapat yang dikeluarkan Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dibuat berdasarkan fakta dan beliau berhak menyatakan pandangannya mengenai perkara yang memberi kesan kepada rakyat.

“Saya berharap semua yang membaca boleh bersikap rasional dan berlaku adil kepada TMJ khususnya dalam soal fakta.

“Semua orang boleh beri pandangan tetapi kalaupun tidak bersetuju dengan pandangan tersebut tidak perlu membalas dengan kasar sehingga hilang adab sopan kita,” katanya.


Tunku Ismail melalui akaun Facebook Johor Southern Tigers mengeluarkan satu kenyataan yang antara lain menyentuh isu politik, walaupun pautan itu tidak memetik sebarang nama secara khusus.

Sehari selepas kenyataan itu dikeluarkan, TMJ mengeluarkan kenyataan lain menyaran orang ramai "baca betul-betul dan fahamkan dahulu" selepas kenyataannya sebelum ini mengundang pelbagai reaksi.

BACA: 'Jangan terpengaruh dengan anasir luar' - TMJ

BACA: Saya tidak menyebelahi mana-mana parti politik atau individu - TMJ