awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Naim Moktar, Mohd Iskandar ikrar beri khidmat terbaik kepada rakyat
Kemenangan BN di Kinabatangan, Lamag cerminkan keyakinan rakyat - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan MKT UMNO bukan bermaksud tarik sokongan kepada kerajaan PN - Najib Razak

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
08/07/2021
07:30 MYT
Keputusan MKT UMNO bukan bermaksud tarik sokongan kepada kerajaan PN - Najib Razak
Najib berkata keputusan itu adalah untuk membantu rakyat dan mencapai imuniti kelompok melalui program vaksinasi sebelum Parlimen dibubarkan bagi mengembalikan mandat kepada rakyat - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Keputusan Mesyuarat Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO malam tadi bukan bermaksud menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN), kata ahli Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak.
Sebaliknya, bekas Perdana Menteri itu berpendapat keputusan itu bermaksud UMNO menarik balik sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai memberi laluan kepada pentadbiran sementara dengan tempoh dan matlamat tetap bagi menyelesaikan isu COVID-19.
Selain itu, Najib berkata keputusan itu juga untuk membantu rakyat dan mencapai imuniti kelompok melalui program vaksinasi sebelum Parlimen dibubarkan, sekali gus mengembalikan mandat kepada rakyat.
"Ianya bukan sahaja langkah paling tepat malah merupakan satu-satunya sahaja pilihan untuk kebaikan rakyat dan negara bagi jangka masa pendek dan panjang.
"Cara penyelesaian ini juga memenuhi hasrat titah Raja-Raja Pemerintah bulan lepas bahawa perlunya ada sebuah kerajaan stabil yang mendapat keyakinan dan sokongan majoriti rakyat," katanya dalam kemas kini dimuat naik di laman Facbeooknya, hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: Politik Malaysia pasca Mesyuarat MKT UMNO
BACA: UMNO tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin serta-merta - Zahid Hamidi
[TERKINI] Sidang media Presiden UMNO
Jelas Najib lagi, penyelesaian masalah ketika ini bukan dengan menggantikan sebuah kerajaan dengan kerajaan lain.
"Sebab itu, kerajaan interim ini perlu ada tempoh hadnya dengan matlamat jelas. Tidak boleh melebihi tempoh tiga hingga enam bulan sebab ianya juga sebuah kerajaan pintu belakang dengan majoriti tipis yang bukan pilihan Rakyat.
"Lagipun tempoh untuk Parlimen terbubar dengan sendirinya juga cuma kurang dua tahun lagi sebelum penggal pilihan raya umum (PRU) ini berakhir," katanya.
Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan UMNO mengambil keputusan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan terhadap Perdana Menteri dengan serta-merta.
Menurut Ahmad Zahid, segala panduan utama yang digariskan oleh UMNO sebagai syarat sokongan terhadap Muhyiddin sebelum ini telah gagal dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Zahid Hamidi
#UMNO
#Tarik sokongan terhadap Muhyiddin
#Ahmad Zahid Perikatan Nasional
#hilang sokongan
#Politik Malaysia
#PKP 3 0
#Facebook Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan