awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan pecat Anina tidak boleh dicabar di mahkamah - Ab Rauf

Bernama
Bernama
22/09/2015
15:30 MYT
Keputusan pecat Anina tidak boleh dicabar di mahkamah - Ab Rauf
Keputusan memecat Anina (gambar) yang dibuat UMNO adalah muktamad, kata Ab Rauf. -Gambar fail
Pemecatan bekas anggota Wanita UMNO Langkawi, Anina Saadudin sebagai ahli parti adalah muktamad dan keputusan tersebut tidak boleh dicabar di mahkamah, menurut Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh.
Selain itu, katanya, Anina, selaku plaintif, tidak mempunyai autoriti dan 'locus standi' (tidak mempunyai kedudukan di sisi undang-undang) untuk memulakan tindakan saman di mahkamah seperti dipohon pada 28 Ogos lepas.
"Keputusan memecat plaintif yang dibuat UMNO adalah muktamad, konklusif dan tidak boleh dibawa ke mahkamah selaras dengan Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966," katanya menerusi afidavit sokongan yang diikrarkannya.
Ab Rauf dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak memfailkan notis permohonan membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan Anina semalam, namun dokumen diserahkan kepada wartawan hari ini setelah disahkan oleh pihak mahkamah.
Menerusi Seksyen 18C Akta Pertubuhan 1966, dinyatakan bahawa keputusan yang dibuat oleh sesuatu parti politik adalah muktamad dan keputusan itu tidak boleh dicabar, dirayu, dibatalkan atau dipersoalkan dalam mana-mana mahkamah.
Anina memfailkan saman terhadap Najib dan Ab Rauf (dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua), antaranya bagi menuntut pembayaran balik sejumlah US$650 juta (RM2.78 bilion) yang didakwa dimasukkan oleh Najib ke dalam satu akaun bank bukan milik UMNO di Singapura.
Anina juga menuntut supaya perintah injunksi menghalang defendan menggugurkan atau mengambil tindakan disiplin terhadapnya sementara menunggu keputusan saman yang difailkannya di Mahkamah Tinggi.
Selain itu, menerusi afidavit yang sama, Ab Rauf juga mendakwa bahawa Anina tidak mempunyai locus standi berikutan beliau telah digugurkan keahliannya dalam UMNO dengan berkuatkuasa serta merta berdasarkan Fasal 20.7 Perlembagaan UMNO apabila Anina membawa perkara parti ke mahkamah.
Fasal tersebut menyatakan bahawa seseorang ahli yang membawa apa-apa jua perkara parti atau hak keahliannya ke mahkamah sebelum mematuhi sepenuhnya peraturan-peraturan parti maka keahliannya dalam parti gugur dengan sendirinya.
"Tuntutan plaintif adalah mengaibkan, remeh dan merupakan penyalahgunaan proses mahkamah di mana ia difailkan dengan satu motif yang terselindung.
"Saya pohon mahkamah membatalkan writ saman dan pernyataan tuntutan plaintif secara in limine (keputusan dibuat sebelum perbicaraan bermula)," katanya.
Sementara itu, peguam Nor Emilia Mohd Iszeham, yang mewakili Najib dan Ab Rauf memberitahu Bernama bahawa mahkamah telah menetapkan 6 Okt ini untuk pengurusan kes permohonan tersebut di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Zaki Abdul Wahab.
Tambah Nor Emilia, pada hari ini beliau juga telah memfailkan permohonan menggantung prosiding beberapa permohonan yang difailkan plaintif sementara mahkamah memutuskan permohonan untuk membatalkan saman Anina.
Topic Berkaitan
#Ab Rauf Yusoh
#Anina Saadudin
#pemecatan
#UMNO Langkawi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan