awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan sama ada pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas bakal diadakan, diketahui minggu depan

Bernama
Bernama
20/10/2021
09:24 MYT
Keputusan sama ada pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas bakal diadakan, diketahui minggu depan
Naib Presiden Pas Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumuman akan dibuat selepas mengumpul maklumat daripada pihak Pas kawasan yang baru selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Keputusan sama ada pemilihan jawatankuasa tertinggi Pas pada Muktamar Tahunan Ke-67 parti itu November ini akan dijalankan atau sebaliknya, bakal diketahui minggu depan.
Naib Presidennya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata pengumuman akan dibuat selepas mengumpul maklumat daripada pihak Pas kawasan yang baru selesai mengadakan mesyuarat agung masing-masing.
"Setakat ini kita tiada maklumat (sesi pemilihan) sebab Pas kawasan baru sahaja habis mengadakan mesyuarat agung, jadi kita tunggu mereka hantar keputusan kepada Pas pusat.
"Dari situ baru kita tahu sama ada akan ada pertandingan, termasuk calon dan sebagainya. Kita jangka dalam seminggu ini mereka akan hantar keputusan, jadi selepas 25 Okt baru kita akan tahu," katanya.
Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan bercakap kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.
Sebelum ini, Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata Muktamar Tahunan PAS Ke-67 tahun akan diadakan secara hibrid mengikut prosedur operasi standard (SOP) norma baharu di Terengganu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jawatankuasa Tertinggi Pas
#pemilihan pas
#Muktamar Pas
#Mohd Amar Nik Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan