KUALA LUMPUR: Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Beliau berkata program seumpama itu amat digalakkan kepada mana-mana platform media rasmi serta arus perdana untuk dipertonton kepada rakyat selaras dengan amalan demokrasi di negara ini.
"Kita mengalu-alukan semua media untuk turut terlibat menyediakan platform masing-masing bagi mengangkat wacana sehingga ke tahap debat juga, supaya ia (kempen calon PRN) bukan hanya melempar tohmahan dan ejek-mengejek.
"Bagi saya sebagai negara yang mengamalkan demokrasi, kita mesti mempraktikkan politik matang termasuk amalan debat," katanya ketika ditemui pemberita di pusat penamaan calon Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Pusu dekat sini hari ini.
Katanya beliau juga percaya bahawa banyak platform media terbuka untuk menyiarkan program debat antara calon-calon PRN, tetapi terpulang kepada calon-calon sama ada mereka bersedia atau sebaliknya untuk menyertai program (seumpama) itu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah diadakan serentak dengan hari pengundian pada 12 Ogos manakala pengundian awal pada 8 Ogos.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Terengganu turut diadakan serentak dengan PRN melibatkan enam negeri berkenaan.
Fahmi turut menjangka platform media sosial akan menjadi lebih rancak bagi mana-mana pihak untuk menganjurkan program debat memandangkan aplikasi seperti TikTok mempunyai pengguna yang ramai serta aktif di media sosial itu.
"Contohnya kita lihat aktivis politik Papagomo dan Wan Mahussin berdebat antara satu sama lain di TikTok dan ramai yang menontonnya. Maka, saya jangka platform media sosial akan menjadi lebih rancak," katanya.
Berhubung pemantauan pihak berkuasa melibatkan platform dalam talian sepanjang tempoh kempen PRN, beliau berkata pihak berkaitan antaranya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta SPR akan memperkukuh tahap pemantauan mereka.
"Beberapa hari lepas saya bersama Ketua Polis Negara (mengadakan perbincangan) melihat apa yang perlu dilakukan untuk memantapkan pasukan pemantauan ini terutamanya isu 3R (agama, raja dan kaum). Beberapa perkara telah dipersetujui dan akan dilaksana segera.
"Kita juga sudah mendapatkan kerjasama dengan pelbagai platform media sosial termasuk TikTok yang sedia membantu, pantau supaya undang-undang di negara ini dihormati sepanjang tempoh berkempen," katanya.
Fahmi juga menggesa orang ramai untuk memberi kerjasama membuat aduan atau laporan di mana-mana media sosial berkaitan sekiranya berlaku ketidakpatuhan undang-undang atau menimbulkan kegusaran oleh calon yang bertanding PRN berkenaan.
Ditanya mengenai tindakan yang akan dilakukan sekiranya kempen calon menerusi media sosial mencetuskan kehangatan atau isu sensitif, beliau berkata mana-mana akaun akan dihentikan atau digantung mengikut garis panduan komuniti setiap platform media sosial.
"Sekiranya banyak aduan diterima maka platform media sosial itu sendiri yang akan menghentikan atau gantung sementara akaun," katanya sambil menegaskan kerajaan tidak mempunyai sebarang kaitan sekiranya ada mana-mana akaun yang digantung.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 29 2023

Fahmi berkata program seumpama itu amat digalakkan kepada mana-mana platform media rasmi serta arus perdana untuk dipertonton kepada rakyat selaras dengan amalan demokrasi di negara ini. - Gambar fail

Pemuda UMNO tempelak Lian Ker pertikai Kongres Ekonomi Bumiputera
Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kongres itu dijalankan sejak kerajaan Barisan Nasional (BN) dan akan diteruskan, sambil menegaskan ia langsung tidak pernah menyentuh atau menekan hak kaum-kaum lain.

FAMA siasat dakwaan beras putih tempatan tidak berkualiti
FAMA akan menyiasat dakwaan beras putih tempatan (BPT) tidak berkualiti atau berkemungkinan dibungkus semula seperti tular di media sosial.
Pertimbang perluas pameran ke seluruh negara - Anwar
Jelas Perdana Menteri, program sedemikian dilihat mampu memberi pencerahan mengenai usaha yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam mensejahterakan rakyat.
Malaysia bantah sikap AS tolak draf resolusi gencatan senjata
Malaysia juga kesal dengan sikap negara itu yang tidak mempedulikan hak kemanusiaan dan mempertahankan pembunuhan serta kezaliman terhadap rakyat Palestin termasuk anak kecil dan wanita.
AS veto resolusi gencatan senjata Palestin
Ikuti kupasan Pengarah Institut Kecemerlangan Pengajian Baitulmaqdis (IEIJS), Prof. Madya. Dr. Aminurraasyid Yatiban susulan Amerika Syarikat menggunakan kuasa veto ke atas resolusi gencatan senjata dalam Majlis Keselamatan PBB.

'Abang, tunggu mommy tau' - Ibu Zayn Rayyan luah kerinduan paling dalam, tidak berkesudahan
Ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang meninggal dunia dipercayai dibunuh, meluahkan rasa rindu terhadap anaknya menerusi sekeping gambar yang dimuat naik di Instagram.

Nicol mahu lihat lebih ramai pemain wanita negara dalam 15 teratas
Nicol zahirkan harapan untuk melihat lebih ramai pemain wanita negara mencapai kedudukan 15 teratas dalam ranking dunia PSA.

Setahun pentadbiran, tiada pimpinan kerajaan terlibat rasuah - Anwar
Antara ukuran penting adalah tiada mana-mana kepimpinan kerajaan yang terlibat dalam salah laku rasuah.
AWANI Ringkas: Lebih 30,000 kes penipuan Online
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Berang disuruh perlahankan suara, lelaki mabuk amuk dengan parang
Polis menahan seorang lelaki yang mengacu parang dalam keadaan mabuk di sebuah gerai burger berhadapan dobi layan diri di Bestari Jaya pada Rabu lalu.

Isham sahut cabaran Ahmad Zahid untuk berdebat
Menurut Isham, beliau meletakkan syarat bahawa debat itu mesti berlangsung di gelanggang yang neutral.

Budaya debat secara beradab kini satu keperluan untuk anak muda - Fahmi
Perdebatan secara beradab akan membantu anak muda melontarkan idea bernas dan jelas yang amat bermanfaat untuk pembangunan negara.

Lipas melekat luar tingkap kapal terbang
Rakaman kejadian luar biasa itu mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Syahir cadang debat isu pendidikan, Fadhlina Siddiq-Haim Hilman
Ahli Parlimen Bachok mencadangkan agenda debat berkaitan isu nasional diteruskan.

Debat Ekonomi: Syahir mohon doa ke Angkasapuri
Budak PASTI ini tidak pernah terfikir suatu hari nanti dia akan berdebat dengan seorang menteri.

PRN: Adam Adli tolak pelawaan debat Syed Saddiq, Ahmad Fadhli terima
Ahmad Fadhli Shaari menerima sahutan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk berdebat mengenai hala tuju anak muda.

PRN: Syed Saddiq ajak Adam Adli, Fadhli Shaari debat hala tuju anak muda
Jelas Ahli Parlimen Muar itu, cadangan debat berkenaan bukan bertujuan memalukan atau membunuh karakter individu tertentu.

Rafizi-Syahir capai persetujuan, Astro AWANI anjur Debat Ekonomi Malaysia 9 Ogos
Syahir bersetuju berdebat setelah beliau mempertimbangkan semula jemputan Rafizi serta mendapat keizinan pucuk pimpinan.

Kerajaan alu-alukan media anjur program debat - Fahmi
Kerajaan mengalu-alukan platform media penyiaran untuk menganjurkan program debat antara calon-calon yang bertanding Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Azmin setuju debat dengan Rafizi dengan syarat
Rafizi terlebih dahulu perlu membuktikan telah berjaya dalam pelaksanaan dan pemulihan ekonomi negara.