awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan

Kerajaan Melaka tumbang: TYT jalani kuarantin, Istana belum terima sebarang surat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/10/2021
11:35 MYT
Kerajaan Melaka tumbang: TYT jalani kuarantin, Istana belum terima sebarang surat
Difahamkan setakat ini Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan sebarang pertemuan.- Gambar fail/BERNAMA
MELAKA: Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dilaporkan sedang menjalani kuarantin kendiri bermula 30 September lalu selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif COVID-19.
Usaha itu dilihat sedikit sebanyak ‘merencatkan’ usaha untuk mana-mana pihak mengadakan sebarang pertemuan dengan Tun Mohd Ali berhubung dakwaan kerajaan negeri sedia ada telah hilang majoriti untuk mentadbir negeri itu.
Difahamkan setakat ini Istana Melaka belum menerima surat daripada mana-mana parti politik untuk mengadakan sebarang pertemuan.
Hari ini, empat ADUN iaitu bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang), Datuk Nor Azman Hassan (BN-Pantai Kundor), Datuk Norhizam Hassan Baktee (Bebas - Pengkalan Batu) dan Datuk Noor Effandi Ahmad (BERSATU-Telok Mas) menamatkan teka-teki krisis politik Melaka selepas mendakwa hilang kepercayaan dengan kepimpinan Sulaiman.
BACA: Kerajaan Melaka tumbang: PH Melaka akan menghadap TYT, belum bincang calon Ketua Menteri
Kesemua mereka juga telah menghantar surat menarik sokongan berkenaan kepada pejabat Ketua Menteri, hari ini.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari sebelum ini dilaporkan berkata, pihaknya akan segera mengadakan pertemuan dengan Tun Mohd Ali bagi memaklumkan bahawa kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sudah hilang majoriti.
Hilang Majoriti | Empat ADUN Melaka tarik sokongan
Topic Berkaitan
#kerajaan melaka tumbang
#Mohd Ali Mohd Rustam
#TYT Melaka
#hilang kepercayaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.