Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan cadangan kerajaan campuran di antara parti itu dan UMNO untuk mentadbir beberapa negeri masih terlalu awal dan tidak lengkap.
Beliau berkata, usaha mewujudkan kerajaan campuran itu dilihat masih belum mencukupi memandangkan ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan, termasuklah mengambil kira semua parti-parti Melayu Islam.
Jelasnya, ini termasuk dengan mengambil kira kepentingan kepimpinan Melayu Islam Bumiputera yang merupakan dominasi dalam demografi penduduk di kawasan terlibat itu nanti.
"Itu yang diperjuangkan oleh Pas, iaitu Islam, Bumiputera dan Melayu. Tidak terikat dengan UMNO sahaja. Termasuklah parti Bersatu yang masih dalam kerajaan, termasuklah Gagasan Sejahtera yang sudah bergabung dengan kita dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
"Yang penting, kita mengelak daripada perkauman. Kita perlu melibatkan masyarakat majmuk di negara ini, yang tidak ekstrim, yang boleh menerima kepimpinan Islam, dan tolak (pihak) yang ekstrim yang saya tak perlu sebut nama," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui Astro AWANI selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Keharmonian di Telipok, di sini, malam tadi.
Terdahulu pada Sabtu, UMNO menerusi Timbalan Presidennya, Datuk Seri Mohamad Hasan dalam satu majlis di Jasin, Melaka, mencadangkan untuk mewujudkan kerajaan campuran di empat negeri yang ditadbir Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Negeri yang dimaksudkan dalam kerjasama kerajaan campuran yang digelar sebagai Kerajaan Penyatuan Ummah itu adalah Terengganu, Pahang, Kelantan dan Perlis.
Di samping itu juga, Mohamad menjelaskan negeri seperti Kedah dan Perak juga sedang 'diintai' memandangkan jumlah perbezaan yang kecil di antara BN, Pas dan Pakatan Harapan (PH).
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai kesediaan Pas untuk bekerjasama dalam kerajaan campuran tersebut, Abdul Hadi berkata, pihaknya terbuka selepas melihat kepada pengalaman parti itu menyertai kerajaan campuran dengan parti lain sebelum ini.
Menurut beliau lagi, perkara tersebut haruslah dilihat secara menyeluruh daripada pelbagai sudut dan penjuru.
"Pas mempunyai pengalaman yang banyak, kita pernah menyertai kerajaan campuran pada 1973, menubuhkan BN 1974, dibubarkan Perikatan, pernah dengan Semangat 46 dan dengan DAP pun pernah.
"Itu menunjukkan pengalaman bagi pihak kita. Dengan sebab itu, kita perlu lihat dengan lebih luas. UMNO sahaja, pandangan kita terima, tetapi mesti perlu dilihat oleh pihak parti-parti lain," tambahnya.
Ruzaini Zulkepli
Sat Mar 09 2019
Abdul Hadi ketika ditemui selepas merasmikan program Pidato Perdana Islam dan Kerohanian di Telipok, Tuaran, malam tadi. - Astro AWANI
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
AWANI 7:45 [29/04/2024] – Meja bulat bersama 50 pemimpin industri dunia | Penggunaan komersial capai 80 peratus
PM yakin Malaysia jadi destinasi pelabur bernilai tinggi.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Kerajaan perkenal program solar untuk pengguna komersial.
Kelas Terapung dilaksana kawasan penduduk kepadatan tinggi.
Laporan Bank Dunia dedah hanya 58 peratus pelajar mahir membaca menjelang akhir darjah 5.
Malaysia perlu berani menentang Denmark
Hanya kemenangan menentang Denmark, kuasa besar badminton dunia, dalam aksi penting Kumpulan D Piala Thomas 2024 esok akan membawa Malaysia mendahului carta kedudukan.
Indonesia sokong pendekatan Malaysia bantu bangun 'peradaban' banduan Indonesia
Penjara bukan semata-mata tempat menghukum tetapi mentransformasikan ia sebagai institusi pendidikan yang memberi peluang kepada penghuni.
Polis tembak kereta mewah bawa dadah lebih RM100,000
Polis terpaksa melepaskan tembakan bagi mengawal keadaan selepas pemandu kenderaan terbabit bertindak agresif dan cuba merempuh anggota polis .
Polis siasat dakwaan pusat keagamaan di Nilai lakukan aktiviti mencurigakan
Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata pihaknya menerima laporan berhubung perkara tersebut Jumat lepas.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
Pengwujudan dua negara berdaulat satu penyelesaian
Perdana Menteri Jordan, Bisher Hani Al Khaswneh berkata Israel terus melakukan kesilapan dengan menyerang gaza dan berharap untuk mendapat hasil yang berbeza. Beliau turut berkata pengwujudan dua negara berdaulat adalah satu penyelesaian asas yang enggan difahami dan diterima Israel.
[TERKINI] PETRONAS dagangan jual 16 bilion liter bahan api, perolehan RM37.55 bilion
Ini laporam yangh baharu kami terima.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
PETRONAS Dagangan Bhd mencatatkan jumlah jualan melebihi 16 bilion liter bahan api tahun lalu, meningkat lapan peratus tahun ke tahun, manakala perolehan sebanyak RM37.55 bilion.
Pas kutuk serangan Israel ke atas Pejabat Kaunselor Iran di Syria
Sewajarnya dunia Islam mengutuk Israel yang bukan sahaja dalang di sebalik serangan ini, malah sedang melakukan jenayah perang di Gaza, kata Abdul Hadi.
Pas harap Prabowo buka dimensi baharu hubungan Malaysia-Indonesia
Abdul Hadi berkata, pihaknya berharap hubungan antara Malaysia dan Indonesia akan menjadi lebih baik dan harmoni di bawah pentadbiran Prabowo.
Umat Islam tidak bersatu angkara penjajah - Abdul Hadi
Penjajahan tersebut berjaya memecahbelahkan perkauman pada generasi kini, tegas Abdul Hadi.
Kertas siasatan Hadi Awang telah dihantar kepada AGC - KPN
PDRM mengesahkan kertas siasatan membabitkan kenyataan Abdul Hadi bertajuk 'Ketinggian Islam wajib dipertahankan' telah dihantar kepada AGC.
Isu pencen: 'Ucapan Abdul Hadi tidak tepat, kelirukan orang ramai' - Nik Nazmi
Ucapan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang berkaitan isu pencen penjawat awam mengelirukan orang ramai, kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad.
'Kerajaan ibarat burung tiung, burung kakak tua' - Hadi Awang
Ahli Parlimen Marang itu turut melabel pemimpin di bawah kerajaan sebagai burung kakak tua dan menurutnya, walaupun tua tetapi tidak tahu bercakap.
Abdul Hadi Awang beri kerjasama, polis ambil masa sejam rakam keterangan - Setiausaha Politik
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang hari ini telah memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis yang mengambil keterangan di Ibu Pejabat Pas di Jalan Raja Laut.
Polis rakam percakapan Abdul Hadi esok - KPN
Pegawai khas Abdul Hadi sudah memaklumkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Marang itu kepada polis dan menetapkan keterangan diambil esok.
Tahap kesihatan Abdul Hadi bertambah baik - Setiausaha Politik
Tahap kesihatan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang semakin baik dan beliau dapat meneruskan rutin mingguan menyampaikan kuliah dhuha di Masjid Rusila,pada Jumaat.
Jangan guna agama capai hasrat politik - Zahid
Ahmad Zahid berkata nasihat itu bukan ditujukan kepada individu dan pemimpin parti politik sahaja, sebaliknya juga kepada pemimpin dalam UMNO.