awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Perak, Pahang 'clue' terbaik - Puad Zarkashi

Sinar Harian
Sinar Harian
24/11/2022
00:30 MYT
Kerajaan Perak, Pahang 'clue' terbaik - Puad Zarkashi
Puad berkata, UMNO amat serius dan demokratik ketika membuat keputusan penting tersebut. - Gambar fail
SHAH ALAM: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi memberi bayangan kerajaan yang bakal dibentuk dalam waktu terdekat adalah seperti di negeri Perak dan Pahang.
"Penubuhan Kerajaan Perak dan Pahang adalah 'clue' terbaik. Sudah tentu bukan PN (Perikatan Nasional).
"UMNO akan turun ke bawah untuk beri penjelasan. MCA dan MIC mesti terima kenyataan. Ayuh rakyat Malaysia.
"Moving forward dan buka buku baru," katanya menerusi satu hantaran di akaun Facebooknya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan yang dibuat oleh Ahli Majlis Kerja Tertinggi parti itu pada tengah malam Rabu.
UMNO bersedia membentuk kerajaan perpaduan tanpa melibatkan PN.
Dalam pada itu, Mohd Puad menjelaskan, parti itu amat serius dan demokratik ketika membuat keputusan penting tersebut.
"Kali pertama dapat pengalaman mesyuarat MKT UMNO sampai jam satu malam.
"Hampir semua bercakap. UMNO amat serius dan demokratik. Akhirnya keputusan dibuat secara konsensus," ujarnya
Tambah beliau, BN akan menyertai kerajaan perpaduan atau apa apa bentuk yang lain dan keputusan itu dibuat demi negara dengan mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong.
"Di lobi WTC ramai pemberita tanya PH atau PN.
"Jawapannya mudah. PN tolak Kerajaan Perpaduan. GPS akur titah YDP Agong," ujar beliau.
Berdasarkan kenyataan yang dibuat oleh Mohd Puad timbul persoalan besar sama ada parti itu akan mengetuai kerajaan yang bakal dibentuk.
Ini kerana kerajaan negeri Perak diketuai oleh BN sementara di Pahang perbincangan masih berlangsung namun PH telah menyatakan sokongan agar BN diberikan jawatan Menteri Besar. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Mohd Puad Zarkashi
#membentuk kerajaan
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan