KUALA LUMPUR: Kerajaan perpaduan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Malaysia ke-10 Datuk Seri Anwar Ibrahim harus segera menangani isu ekonomi negara terutamanya dengan cabaran ekonomi semasa dan jangkaan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun depan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EMIR Research Datuk Rais Hussin Mohamed Ariff berkata isu peningkatan kos sara hidup, hala tuju pendidikan negara serta jaminan sektor pekerjaan perlu terus diberikan penekanan mendalam bagi memastikan bebanan rakyat dapat dikurangkan.
"Kos sara hidup harus segera diselesaikan, kerana kita boleh lihat kadar inflasi meningkat, namun gaji tidak naik, ringgit jatuh mengakibatkan barangan diimport naik mendadak, dan ini memberi kesan kepada pendapatan boleh guna," katanya ketika ditemu bual pada program LIVE Buletin Bernama Khas, malam tadi.
Rais Hussin menegaskan kerajaan harus melaksanakan pembaharuan struktur yang akan membantu memulihkan keyakinan pelabur dan pada masa yang sama memastikan ekonomi negara berkembang pada kadar yang lebih baik.
Menyentuh prestasi pasaran saham dan ringgit yang mencatatkan peningkatan hari ini, beliau berkata, ia merupakan petanda awal yang positif, namun Malaysia memerlukan polisi pelaburan yang konsisten untuk menarik pelabur datang ke negara ini.
"Jika tidak, orang tidak mahu datang ke Malaysia dan melabur," katanya.
Mengambil contoh isu polisi kabotaj, beliau menekankan Malaysia kehilangan berbilion ringgit disebabkan oleh perubahan polisi berikutan pertukaran kerajaan.
"Kita perlu merangka perancangan yang menyeluruh dan polisi tidak boleh berubah sekiranya kerajaan berubah, seperti yang terjadi sebelum ini," katanya sambil menambah perancangan tersebut harus mengambil kira faktor ekonomi dalaman dan luaran.
Mengenai isu sekuriti makanan, Rais Hussin berkata kadar sekuriti makanan di Malaysia adalah antara yang terendah di dunia iaitu pada dua peratus.
"Kita mengimport makanan bernilai hampir RM65 juta dan sekiranya kita berjaya mengaktifkan semula aktiviti agrikultur dan menggunakan dengan set kemahiran Revolusi Perindustrian Ke-4 (4IR), ia tidak lagi digelar aktiviti yang kotor, malahan peluang pekerjaan dapat ditingkatkan, dan pada masa yang sama kadar kebergantungan kepada makanan import boleh dikurangkan," katanya.
Ringgit ditutup tinggi semalam, melonjak 1.8 peratus ke paras tertinggi dalam tempoh dua bulan berbanding dolar AS.
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik 815 mata peratusan kepada 4.4910/5000 berbanding dolar AS daripada paras 4.5725/5775 pada Rabu.
Manakala Bursa Malaysia pula ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh tiga bulan dengan indeks utama meningkat sebanyak 4.04 peratus.
Pada 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 58.38 mata kepada 1,501.88 berbanding 1,443.50 pada Rabu.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 24 2022
Rais Hussin menegaskan kerajaan harus melaksanakan pembaharuan struktur yang akan membantu memulihkan keyakinan pelabur dan pada masa yang sama memastikan ekonomi negara berkembang pada kadar yang lebih baik. - Gambar fail
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pihak dikaitkan dalam laporan berkaitan lesen kasino perlu ambil tindakan - PM Anwar
Laporan yang memetik satu sumber itu berkata perbincangan mengenai pemberian lesen itu masih di peringkat awal.
Tiada kasino akan beroperasi di Johor - Onn Hafiz
Onn Hafiz berkata khabar angin yang tular itu berunsur sabotaj dan berniat jahat untuk mencemar imej Forest City dan Johor secara keseluruhannya.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Terdapat keperluan tambah bilangan wanita isi jawatan KSU, KP - PM Anwar
Anwar berkata jumlah pimpinan wanita sedia ada tidak mencerminkan jumlah keseluruhan 42 peratus golongan itu yang terlibat sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam ketika ini.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
PM Anwar meriahkan sambutan ulang tahun ke-15 UKAS
Perdana Menteri menyantuni Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di bawah Jabatan Perdana Menteri, yang menyambut ulang tahun ke-15 mereka.