awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
SPRM tumpu dakwaan pengubahan wang haram RM2.5 bilion babitkan IJM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan Persekutuan diterajui PH tidak pernah anggap Sabah sebagai lawan - Loke

Bernama
Bernama
16/11/2025
12:15 MYT
Kerajaan Persekutuan diterajui PH tidak pernah anggap Sabah sebagai lawan - Loke
Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menganggap Sabah sebagai lawan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menganggap Sabah sebagai lawan, kata Setiausaha Agung DAP Anthony Loke.
Loke yang juga Menteri Pengangkutan berkata PH ingin menjadi rakan kerjasama yang konstruktif dan memberi nilai tambah dalam mana-mana kerajaan gabungan pada masa hadapan serta memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa PH kekal komited terhadap aspirasi negeri itu.
"Saya ingin memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan Persekutuan diterajui PH adalah kerajaan yang menyokong Sabah. Tidak ada sebab untuk kami bercanggah dengan Sabah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata PH tidak meletak calon Ketua Menteri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, sebaliknya berhasrat menjadi penghubung antara kerajaan Sabah dengan Putrajaya bagi memastikan kerjasama yang erat serta pelaksanaan dasar pembangunan berjalan lancar.
"Peranan kami adalah memastikan hubungan yang harmoni antara kerajaan negeri dan kerajaan Persekutuan khususnya dalam isu penting seperti hak hasil 40 peratus," katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi di negeri ini khususnya di kawasan bandar yang memiliki calon bertanding daripada DAP dan PH untuk mengundi secara strategik serta mempertimbangkan kesan jangka panjang keputusan mereka.
"Sekiranya sebuah kerajaan negeri yang sepenuhnya menentang kerajaan Persekutuan mengambil alih pemerintahan, lima tahun akan datang akan dipenuhi dengan politiking, perbalahan dan retorik emosional. Keadaan sedemikian tidak akan menyelesaikan isu jangka panjang Sabah," katanya.
Percanggahan politik, katanya hanya akan merencatkan projek pembangunan dan menghalang kemajuan rakyat.
Loke berkata walaupun rakyat Sabah sering memihak kepada parti tempatan, namun penting untuk memiliki wakil daripada parti nasional yang membentuk kerajaan Persekutuan.
"Perlu ada keseimbangan. Dengan adanya wakil PH di Sabah akan mewujudkan situasi sama menang, memastikan sokongan Persekutuan yang kukuh dan kerajaan negeri yang stabil," katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 29 Nov ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17 dan tarikh pengundian awal 25 Nov.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#kerajaan Persekutuan
#Pakatan Harapan
#Anthony Loke
#PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan