awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembantu kedai perkakasan rugi lebih RM50,000 ditipu sindiket tawaran hadiah wang tunai
Lelaki maut terperangkap dalam lubang pembentung
RTB Bagan Datuk Fasa 1 bernilai RM87.6 juta dirancang tangani isu banjir - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerajaan sedia nasihat Agong isytihar darurat, jika perlu - Takiyuddin

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
05/11/2020
08:30 MYT
Kerajaan sedia nasihat Agong isytihar darurat, jika perlu - Takiyuddin
Takiyuddin berkata, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagian berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan.
KUALA LUMPUR:Kerajaan sedia mempertimbangkan keperluan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya mengisytiharkan darurat termasuk di Parlimen Batu Sapi dan Sarawak, jika ia perlu dilakukan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Yang di-Pertuan Agong memiliki kuasa untuk mengisytiharkan proklamasi darurat di seluruh negara atau mana-mana bahagian berdasarkan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan.
"Baru-baru ini, seperti yang semua rakyat Malaysia maklum kerajaan memberi nasihat kepada Yang di-Pertuan Agong supaya menggunakan Perkara 150 ke seluruh negara disebabkan lebih 20 alasan yang diputuskan oleh Kabinet.
"Jika dirasakan perlu, kerajaan akan memikirkan, kalau tidak keseluruhan atau mana-mana bahagian. Pokoknya, dari segi Perlembagaan, ia adalah dibolehkan," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim sama ada kerajaan bercadang menghadap Yang di-Pertuan Agong sekali lagi bagi mendapatkan perkenan isytihar darurat di kawasan tertentu bagi menangguhkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Batu Sapi dan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak berikutan penularan COVID-19.
Topic Berkaitan
#Takiyuddin Hassan
#Yang di-Pertuan Agong
#Dewan Rakyat
#pilihan raya
#Parlimen
#Perdana Menteri
#Malaysia
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan