Peningkatan ajaran sesat di Selangor membuktikan kegagalan kerajaan negeri itu dalam usaha menjaga kesucian dan akidah umat Islam daripada dicemari.
Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Isma Ismail berkata, ia sekali gus mendedahkan risiko rakyat negeri itu kepada ajaran-ajaran yang terpesong dari Islam sebenar.
"Pendedahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) baru-baru ini agak mengejutkan apabila sehingga tahun 2016, terdapat 34 ajaran sesat yang telah difatwakan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor.
"Bagi saya, pendedahan yang dibuat oleh JAIS menerusi khutbah Jumaat itu adalah suatu khabar yang amat mendukacitakan dan perlu dipandang serius oleh kita sebagai umat Islam.
"Pendedahan ini juga secara tidak langsung membuktikan dengan jelas bahawa pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali seolah-olah tidak mengambil berat dalam soal menjaga kesucian Islam ini," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Jelasnya, keadaan itu semakin hari semakin teruk dengan terbukti peningkatan kadar ajaran sesat kini.
"Sehingga ke hari ini apa pendekatan yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam mengekang gerakan ini?
"Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam soal hal ehwal Islam kerana ia di bawah bidang kuasa kerajaan negeri, bukannya kerajaan pusat," tegasnya.
Jelasnya, penambahan ajaran sesat berlaku adalah berkemungkinan disebabkan sikap kerajaan Pakatan Harapan di Selangor yang tidak mengambil berat soal akidah umat Islam.
"Ia secara tidak langsung mengenepikan aspek menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam di negeri ini.
"Maklumlah, di dalam PKR, semua bangsa ada. Macam mana pemimpin PKR Melayu nak bersuara, kalau bersuara pun, mungkin tidak akan dilayan. Biarpun Menteri Besar daripada PKR, hakikatnya hari ini yang paling banyak memiliki kerusi di Selangor adalah DAP, setelah Pas terpecah dua.
"Sebab itu sehingga ke hari ini tidak ada sebarang penambahbaikan dari sudut perundangan yang dilakukan oleh mereka untuk memartabatkan kedudukan syariat Islam," katanya.
Zein turut meminta umat Islam terutama di Selangor supaya sedar akan hakikat yang sedang berlaku.
"Jika kita sayangkan agama Islam, jika kita ingin memastikan akidah umat Islam berlandaskan ajaran sunnah wal jemaah terus terpelihara, maka umat Islam perlu membuat perubahan dengan memilih kerajaan yang lebih prihatin dan tegas dalam menjaga hal ehwal umat Islam di negeri ini," ujarnya.
Menurut Zein, penambahan kumpulan ajaran sesat di Selangor mungkin tidak akan berlaku sekiranya negeri ini ditadbir oleh UMNO yang menjadi tunjang kepada Barisan Nasional (BN).
"UMNO mempunyai dasar yang jelas berhubung kesucian agama Islam dan juga memelihara akidah umat Islam bukan sahaja di negeri, tetapi juga negara untuk memastikan tidak ada mana-mana ajaran yang terkeluar dari landasan Islam yang sebenar dan dapat berkembang serta bercambah sepertimana yang berlaku di Selangor hari ini.
"Jika kita mempunyai kerajaan yang tidak peka dan tidak prihatin dalam usaha untuk memperkukuhkan ajaran dan akidah umat Islam, maka kita bakal melihat lebih banyak lagi ajaran-ajaran sesat serta fahaman liberal yang songsang tumbuh mekar di negari ini.
"Justeru, dalam memilih kerajaan hari ini, umat Islam tidak boleh sekadar menimbang tara atas faktor politik semata-mata, tetapi apa yang lebih penting ialah untuk memikirkan tentang keselamatan akidah dan syiar Islam dapat terus terpelihara daripada sebarang ajaran-ajaran yang sesat lagi menyesatkan," jelasnya.
Teks Khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAIS bertajuk 'Banteras Ajaran Sesat' pada 27 Oktober lalu telah mendedahkan peningkatan ajaran sesat di negeri tersebut.
Sehingga akhir 2016, terdapat 34 ajaran yang telah difatwakan sesat oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor.
Daripada 34 ajaran itu, terdapat sebanyak 302 ciri-ciri kesesatan dan penyelewengan yang bercanggah dengan ajaran Islam yang sebenar.
Sebanyak 182 adalah kesesatan akidah, 77 kesesatan berkaitan syariat dan 43 adalah kesesatan berkaitan akhlak.
Astro Awani
Tue Nov 07 2017
ZEIN: Sehingga ke hari ini apa pendekatan yang dibuat oleh kerajaan negeri dalam mengekang ajaran sesat ini? - Gambar fail
Wanita 20 tahun ke atas disaran jalani saringan kesihatan kesan NCD
"Jangan tunggu ada simptom baru nak uji, masa tu tak tahu sama ada komplikasi sudah berlaku atau tidak."
Kuasa bekukan permit pemindahan padi antara negeri di bawah Akta 522 - KPB
Kuasa membekukan permit pemindahan padi antara negeri adalah di bawah Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 (Akta 522) melalui fungsi Ketua Pengarah KPB.
Air Balang RM1 jadi tumpuan Bazar Ramadan Temenggong, Kulai
Bukan sekadar berniaga, pengusaha Air Balang RM1 juga ambil kesempatan lakukan jariah di bulan penuh kemuliaan.
Anggota polis didakwa minta, terima rasuah direman empat hari
Tiga anggota polis direman selama empat hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM7,800.
Persembahan bertenaga Dolla pukau penonton di China
Aksi bertenaga mereka mendapat sambutan hangat daripada penonton di negara itu, menandakan langkah berani Dolla keluar dari zon selesa di negara ini mula menampakkan hasil.
AWANI Ringkas: Agihan RM0.67 bilion
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bedah siasat: PSM libatkan jururunding, kontraktor padang SNBJ
Perbadanan Stadium Malaysia akan mengadakan mesyuarat 'post mortem' bersama juruperunding dan kontraktor padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) minggu hadapan.
Pelapor Khas PBB kumpul bukti genosid Israel diugut
Pelapor Khas PBB mendedahkan beliau menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di Genting Gaza.
Pantau Agenda Reformasi: Israel terus berdegil, apa peranan global?
Perbincangan memfokus kepada strategi global dalam mendepani kedegilan rejim Zionism yang terus menerus melancarkan serangan ke arah Palestin walaupun Majlis Keselamatan PBB (UNSC) tela menuntut gencatan senjata segera di Gaza, pada Isnin.
Keliling kampung, ketuk buluh kejut penduduk bersahur
Pasukan gerak sahur di Teluk Bahang di sini masih mengejutkan penduduk di kawasan itu untuk bangun bersahur walaupun sudah dua minggu umat Islam berpuasa.
Kutipan hasil Selangor dijangka meningkat RM100 juta mulai tahun depan - MB
Kerajaan Selangor menjangkakan kutipan hasil negeri tersebut meningkat sekitar RM100 juta selepas memperkenalkan tiga langkah baharu.
PN puji inisiatif MITI lancar rangka kerja i-ESG
Mohamed Azmin memuji inisiatif Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) melancarkan rangka kerja Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus Industri Nasional (i-ESG).
Azmin Ali nafi dakwaan keluar kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng
Mohamed Azmin menafikan dakwaan beliau mengeluarkan sebarang kenyataan berunsur fitnah terhadap Lim Guan Eng ketika berucap pada kempen PRU15.
Mohamed Azmin minta Speaker tarik larangan pakai baju Melayu
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta Speaker baharu, Lau Weng San, menarik semula peraturan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung pemakaian baju kebangsaan.
Pembangkang tubuh jawatankuasa portfolio, semak imbang peranan Exco Selangor
Mohamed Azmin berkata peranan 10 ADUN PN dalam portfolio itu bertujuan memastikan perbincangan dan perbahasan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor lebih berfokus.
Azmin dilantik Ketua Pembangkang DUN Selangor
Pengumuman itu dibuat Speaker DUN Selangor, Lau Weng San pada Mesyuarat Pertama (Angkat Sumpah) Penggal Pertama DUN Selangor ke-15.
Nahas Elmina: Azmin Ali sertai solat jenazah Shahrul Kamal
Azmin juga memaklumkan beliau sempat bertemu dengan bapa Allahyarham yang juga bekas juruterbang.
Kes Muhyiddin: Pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri sendiri - Mohamed Azmin
Azmin menegaskan, oleh kerana kesalahan utama atau predikat telah dibatalkan, maka pertuduhan AMLA tidak boleh berdiri secara sendiri.
'Azmin berjaya raih simpati pengundi' - KJ
Menurut Khairy, walaupun Azmin dilabel sebagai pengkhianat, namun PRN kali ini memberi kejutan apabila undi masyarakat Melayu mula beralih kepada Perikatan Nasional (PN).
PRN: "Bukan darah daging jadi percaturan" - Azwan Ali antara pengundi terawal di DUN Hulu Kelang
Azwan ubah fikiran saat akhir keluar mengundi kerana memahami satu undi daripadanya amat bernilai untuk proses demokrasi.