awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vaksinasi COVID-19: Mahkamah tolak rayuan guru, staf UM
Cadangan had tempoh PM tidak rugikan negara - AMK
51 kereta musnah dalam kebakaran bengkel di Sungai Buloh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kerjasama dengan Pas: UMNO tidak mahu 'dipatuk ular sama kali kedua' - Ahmad Zahid

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
06/01/2026
03:30 MYT
Kerjasama dengan Pas: UMNO tidak mahu 'dipatuk ular sama kali kedua' - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi perumpamaan keadaan itu seolah-olah 'dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama'.
PUTRAJAYA: UMNO menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang termasuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN).

Ringkasan AI
  • UMNO menegaskan tidak akan mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan kerjasama politik dengan pembangkang termasuk Muafakat Nasional (MN).
  • Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, mengatakan keputusan menghidupkan semula kerjasama politik masih dalam perbincangan dan belum diputuskan.
  • Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh, menggesa UMNO untuk menghidupkan semula MN, saranan yang disambut baik oleh Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Presidennya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, memberi perumpamaan keadaan itu seolah-olah 'dipatuk ular sama kali kedua di tempat yang sama'.
Mengulas lanjut, beliau berkata, mesyuarat Biro Politik UMNO yang bersidang pada Isnin, meneliti secara mendalam desakan Pemuda UMNO supaya menjalin semula kerjasama politik dengan Pas.
Namun tegasnya, perkara tersebut masih berada di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan lagi.
"Kita tidak mahu bernostalgia menggunakan apa-apa nama yang pernah dicadangkan dahulu... dan kita belum memuktamadkannya lagi.
"Itu sebabnya perincian penting kerana kita tidak mahu 'dipatuk oleh ular yang sama bagi kali yang kedua di tempat yang sama'," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sama ada UMNO akan menghidupkan semula kerjasama dengan Pas bawah payung MN.
Pada Konvensyen Khas Pemuda UMNO, baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menggesa UMNO menghidupkan semula MN susulan perkembangan politik semasa.
Saranan Muhamad Akmal itu disambut baik Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, yang menyifatkan cadangan itu sebagai kunci kepada kekuatan serta kebangkitan semula perpaduan ummah.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah reaksi UMNO terhadap cadangan untuk menghidupkan semula kerjasama politik dengan Pas di bawah Muafakat Nasional? A: UMNO menegaskan tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik dengan pembangkang termasuk menghidupkan semula Muafakat Nasional.
  • Q: Bagaimanakah pandangan Ahmad Zahid Hamidi terhadap kemungkinan kerjasama politik semula dengan Pas? A: Ahmad Zahid Hamidi menyatakan bahawa perkara tersebut masih berada di peringkat perbincangan.
  • Q: Siapakah yang menggesa UMNO untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional? A: Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, telah menggesa UMNO untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional susulan perkembangan politik semasa.
  • Q: Bagaimanakah reaksi Ketua Penerangan Pas terhadap cadangan tersebut? A: Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari, menyambut baik cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional dan menyifatkannya sebagai kunci kepada kekuatan serta kebangkitan semula perpaduan ummah.

Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#UMNO
#Ahmad Zahid Hamidi
#keluar kerajaan
#Akmal Saleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan